SCL MD 6: Sijangkang City Pasukan Pertama Ke Suku Akhir, Ingress & Boss Bangkit

Perlawanan minggu ke-6 Selangor Champions League (SCL) 2023 menyaksikan pasukan pertama layak keperingkat separuh akhir manakala di Kumpulan A terdapat bukan satu, tetapi dua pasukan bangkit dari ketinggalan. Sijangkang City telah layak ke peringkat seterusnya selepas menundukkan Najmi SFFC Kota Damansara dengan keputusan penuh 5-0, yang juga menyaksikan Najmi secara rasmi tersingkir dari saingan SCL […]

Jendela Perpindahan SCL 2023: Siapa Masuk & Siapa Keluar?

Selangor Champions League (SCL) 2023 baru-baru ini telah melalui jendela perpindahan yang baru sahaja berakhir pada awal minggu ini. Beberapa pasukan mengambil peluang untuk membuat pertukaran pemain bagi memberikan kesegaran, penambahbaikan atau penggantian yang diperlukan dalam pasukan masing-masing. Namun, mereka diberikan kuota kemasukan dan pengeluaran seramai maksimum tiga pemain sahaja. Walaubagaimanapun, ada juga beberapa pasukan […]

SCL 2023 MD 5: Kelayakan Kumpulan A Semakin Sengit, Kumpulan B Dapat Pasukan Tempat Pertama Baru

Perlawanan minggu ke-5 Selangor Champions League (SCL) 2023 telah mencatatkan beberapa keputusan mengejutkan dalam Kumpulan A yang menjadikan kumpulan tersebut terbuka lebar apabila dua pasukan teratas ditewaskan, manakala dalam Kumpulan B, satu pasukan baru mengambil alih tempat pertama kumpulan. Ingress KL mungkin mendapatkan keputusan yang paling menarik perhatian apabila mereka mengejutkan Gombak FA, yang berada […]

Review Perlawanan Akhir Westports Liga Junior FAS 2023

Westports Liga Junior FAS 2023 tamat secara rasmi pada Ahad lepas dengan lima pasukan dari lima kategori umur telah dinobatkan sebagai juara, melalui perlawanan yang dipenuhi dengan kegembiraan, pertahanan yang kukuh, dan drama pada minit akhir. DSSB muncul sebagai juara U16 selepas menang 2-0 menentang PNSB. Pasukan PNSB mengharungi peringkat kalah mati tanpa memboloskan gawang […]

Preview Perlawanan Akhir Liga Junior FAS (U16)

Setelah meliputi perlawanan akhir kategori umur U8, U10, U12, & U14 dalam Liga Junior FAS dalam dua artikel sebelum ini, hanya satu kategori yang belum dibahaskan. Pasukan manakah akan bertanding dalam peringkat akhir kategori U16 dan bagimana mereka sampai di sini? DSSB (Damai Sepadu Sdn Bhd) DSSB adalah juara kumpulan B dengan enam kemenangan dan […]

Preview Perlawanan Akhir Liga Junior FAS (U12 & U14)

Sebelum ini, Kita telah meliputi kisah perjalanan pasukan-pasukan dalam perlawanan akhir kategori U8 dan U10 Liga Junior FAS. Dalam bahagian kedua dalam siri tiga bahagian ini, kita akan meliputi kisah perjalanan pasukan dalam perlawanan akhir kategori U12 dan U14. U12 (MBPJ Vs. Bukit Kuching) Walaupun MBPJ menamatkan saingan di tempat kedua dalam Kumpulan B dengan […]

Preview Perlawanan Akhir Liga Junior FAS (U8 & U10)

Selepas beberapa minggu menunggu, Liga Junior FAS akhirnya akan mencapai penentuan klimaks pada Ahad ini. Dalam artikel pertama dari siri tiga bahagian, kita akan meliputi perlawanan akhir dua kategori paling muda dalam Liga Junior FAS iaitu kategori U8 dan U10 di mana satu pasukan mempunyai pasukan muda mereka dalam dua-dua perlawanan akhir tersebut. Bagaimana sebenarnya […]

SCL 2023 MD 2: Tebuan Kg Pinang Bangkit, MBSA, NPNG Damansara Perdana Bermula Langkah Kanan

Selangor Champions League (SCL) 2023 penuh beraksi pada hari kedua menyaksikan Tebuan membangkit balik dari posisi kekalahan manakala juara Liga Super FAS 2023 MBSA bermula dengan baik dan NPNG menumpaskan SIjangkang City dalam Kumpulan B. MBSA menewaskan Kajang Northern Merbau dengan keputusan 2-1 untuk memperoleh tiga mata. MBSA membuka tiraian gol apabila Irfan Raziq membuat […]

Pengumuman Rasmi Westports Liga Junior 2023 Suku-Akhir Kategori B12

Pihak FAS telah menerima bantahan rasmi berkaitan pelanggaran peraturan oleh pasukan Tunas Tanjung Karang bagi kejohanan Liga Junior FAS 2023 Kategori B12 berdasarkan Klausa 6.2: Kelayakan Pemain kerana memainkan pemain Akademi Tunas (AT) melebihi kuota yang ditetapkan. Sehubungan itu, satu siasatan dan proses perbicaraan telah dijalankan dan didapati Tunas Tanjung Karang BERSALAH dan akan dikenakan […]

SCL 2023: Gombak FA, Kg Bharu Boss, Klang Frenz Utd & KKB Menang Tipis

Selangor Champions League (SCL) 2023 membuka tirai hujung minggu lalu dengan menyaksikan perlawanan Kumpulan A di mana tiga daripada empat perlawanan berakhir dengan kemenangan tipis 1-0.  Dalam satu perlawanan yang dibasahi hujan, Gombak FA berjaya mengalahkan Tebuan Kg Pinang dengan jaringan 1-0 berkat jaringan tunggal oleh Ammar Shafiq. Hantaran lolos oleh bekas pemain tengah Selangor […]