SCL 2023 MD 2: Tebuan Kg Pinang Bangkit, MBSA, NPNG Damansara Perdana Bermula Langkah Kanan

ARTIKEL OLEH:

Selangor Champions League (SCL) 2023 penuh beraksi pada hari kedua menyaksikan Tebuan membangkit balik dari posisi kekalahan manakala juara Liga Super FAS 2023 MBSA bermula dengan baik dan NPNG menumpaskan SIjangkang City dalam Kumpulan B.

MBSA menewaskan Kajang Northern Merbau dengan keputusan 2-1 untuk memperoleh tiga mata. MBSA membuka tiraian gol apabila Irfan Raziq membuat hantaran dalam kotak. Namun, bola itu masuk melepasi penjaga gawang Northern Merbau, Norhaziq Suhaimi pada 5 minit masa perlawanan. Walau bagaimanapun, Northern Merbau hanya mengambil masa 3 minit untuk menyamakan kedudukan apabila Lukman Hakim Zulkepli menjaringkan gol dengan aksi akrobatik yang cantik.

Perlawanan yang sengit akhirnya diadakan 5 minit sebelum masa kecederaan apabila Haziq Affiq terjatuh oleh Aidil Haqqi di dalam kotak Northern Merbau dan sepakan penalti disudahkan oleh Izzul Danish yang merupakan jaringan kemenangan MBSA.

Dalam perlawanan yang penuh dengan nama-nama yang dikenali di peringkat SCL, NPNG Damansara Perdana menang 2-0 atas Sijangkang City. Danial Syakri merupakan faktor utama kemenangan NPNG apabila memainkan peranan penting dengan membantu dua-dua gol. Gol pertama datang dari sepakan percuma untuk mencari kepala Afif Ikhwanul pada minit ke-28, dan gol ke-2 dihasilkan dari hantaran rendah yang membelah barisan pertahana Sijangkang untuk mencari Asnan Awal Hisham pada minit ke-48 sebelum penyerang itu dengan tenang menjaringkan goll.

Dalam perlawanan lain Kumpulan B, PJ Kelana United berjaya menewaskan Selangor FC (SFC) Youth 2-0 selepas gol sendiri oleh penjaga gol SFC Youth, Aiman Najmi dan Aiman Ruslan, selepas aksi ‘dribbling’ yang mengagumkan, mendapat gol kedua Kelana. AAK Puncak Alam pula mengalahkan Najmi SFFC Kota Damansara 3-1 selepas persembahan yang bergaya oleh Naufal Akif yang mencetakkan dua gol dan memberi bantuan terhadap gol Irfan Bustamam, sementara gol penalti minit terakhir oleh Hadizrun Che Hamid cuma gol saguhati untuk Najmi

Tebuan Kg Pinang terpaksa berusaha dengan sungguh-sungguh bangkit untuk seri 2-2 dengan Ampang Ukay Positive. Kali terakhir dua-dua pasukan bertemu adalah dalam Liga UOW tahun ini di mana Tebuan menang 4-0. Kali ini, Ukay Positive mempunyai idea lain di mana mereka di hadapan 2-0 dengan gol dari Taufik Nasir sebelum tamat separuh masa pertama dan kawalan bola yang kemas oleh Faes Hakimi. Walau bagaimanapun, Tebuan menyerang ke kawasan Ukay Positive hingga mereka mendapat 21 percubaan (Sepuluh percubaan tepat sasaran) tetapi mereka gagal mengambil peluang emas dari awal disebabkan oleh kualiti percubaan yang kurang memuaskan dan penampilan cemerlang penjaga gol Ukay Positive, Aizat Roslim.

Kesabaran Tebuan dilunaskan pada minit ke-57 apabila Al Hakim Roslin merembat masuk bola yang melambung ke dalam jaringan. Dan akhirnya pada minit ke-68, Ibrahim Muhamat bijak mengawal bola dan mengalahkan Aizat untuk gol penyamaan.

Di dalam aksi Kumpulan A yang lain, Syakri Fahmi menunjukkan prestasi pertahanan yang bijak dan juga memberi sumbangan jaringan kemenangan kepada KKB Brotherhood dengan menumpaskan Ingress KL berkeputusan 1-0. Hafifi Mat Asri pula menolak masuk bola ke gawang gol Kg Bharu Boss dan merupakan gol kemenangan tunggal untuk Klang Frenz United manakala Azhari Hamzah menjaringkan sepakan penalti pada minit terakhir membatalkan gol terbuka Faes Hafize di mana KRU Port Klang berkongsi mata dengan Gombak FA dengan keputusan 1-1.

Berita Terkini