PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR

PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR (FAS)

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) secara rasminya telah ditubuhkan pada tahun 1936. Sebuah pasukan bola sepak yang digelar Gergasi Merah yang sememangnya telah merangkul banyak gelaran dan piala utama di Malaysia. Tahun demi tahun yang dilalui oleh FAS dan bertahan sehingga kini.

Pada November 2020, bermula episod baru bagi FAS setelah berlakunya penswastaan di antara pasukan bola sepak profesional negeri Selangor yang kini dikenali sebagai Selangor Football Club (SFC) dan FAS kini sepenuhnya bergerak sebagai sebuah persatuan bola sepak negeri yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembangunan bola sepak akar umbi di negeri Selangor.

 
PERANAN FAS

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) amat komited dalam membangunkan bakat dan menyediakan platform yang terbaik bagi industri bola sepak di  dalam negeri Selangor. Antara yang menjadi matlamat utama FAS adalah untuk menydiakan ruang dan peluang yang secukupya merangkumi semua lapisan masyarakat dan semua peringkat umur dapat bermain bola sepak pada tahap penganjuran dan venue perlawanan yang terbaik.


MISI
Menjadi peneraju utama bagi bola sepak di negeri Selangor termasuklah di peringkat akar umbi, komuniti, sosial, amatur dan semi-pro. FAS juga berperanan sebagai sumber rujukan utama bola sepak di negeri Selangor.
Visi
Menyatukan komuniti bola sepak di negeri Selangor, mencipta “juara-juara daripada kalangan pemain, pengadil, jurulatih, kelab dan lain-lain. Selain itu, FAS turut berusaha membentuk ekosistem bola sepak yang mampan di negeri Selangor.