Sebelum ini, Kita telah meliputi kisah perjalanan pasukan-pasukan dalam perlawanan akhir kategori U8 dan U10 Liga Junior FAS. Dalam bahagian kedua dalam siri tiga bahagian ini, kita akan meliputi kisah perjalanan pasukan dalam perlawanan akhir kategori U12 dan U14.
U12 (MBPJ Vs. Bukit Kuching)
Walaupun MBPJ menamatkan saingan di tempat kedua dalam Kumpulan B dengan 17 mata, hanya berselisih satu mata belakang juara kumpulan Young Guns tanpa kekalahan dengan lima kemenangan dan dua seri (termasuk kemenangan 2-0 menentang Young Guns dalam perlawanan terakhir kumpulan). Kemenangan tipis 2-1 menentang Tunas Lagenda dalam pusingan 16 membawa mereka untuk bertemu dengan Kickerz dalam peringkat suku akhir.
Mereka memerlukan sepakan penalti untuk menwaskan Tunas Lagenda jaringan 4-2 selepas seri 0-0. Kemudian, MBPJ lagi sekali menentang Young Guns dalam peringkat separuh akhir, dan MBPJ mengulangi kejayaan seperti pertemuan semasa peringkat kumpulan dengan keputusan 2-0 yang sama untuk layak ke perlawanan akhir.
Bukit Kuching juga berjaya menamatkan saingan kumpulan sebagai naib johan dalam Peringkat Kumpulan tanpa kekalahan, dengan tiga kemenangan dan empat seri dalam Kumpulan C, empat mata di belakang juara kumpulan, Berjaya Park. Dalam pusingan 16, MBPJ melangkah ke peringkat suku akhir selepas menang tipis 2-1 atas Jr Bangi sebelum mencatatkan kemenangan tipis sekali lagi pada peringkat suku akhir, dengan keputusan 1-0 menentang Harimau United yang mempunyai rekod kemenangan 100% sebelum kekalahan ini.
Dalam saingan separuh akhir, mereka sekali lagi perlu berlawan dengan Berjaya Park. Selepas seri 0-0 dalam pertemuan pertama mereka semasa peringkat kumpulan, Bukit Kuching kali ini muncul pemenang apabila mereka menewaskan Berjaya Park 1-0 di mana Aqil Rosmin cuma mengambil dua minit untuk menghasilkan gol tunggal perlawanan tersebut.
U14 (Villareal Malaysia Academy Vs. Harimau United)
Villarreal Malaysia Academy menamatkan carta peringkat kumpulan di tangga kedua dalam Kumpulan B tanpa kekalahan dengan empat kemenangan dan tiga seri, hanya berselisih satu mata dari pemenang kumpulan, Mas. Gol dari Hydee El Yusuff memberikan Villareal kemenangan 1-0 atas MBPJ dalam pusingan 16 untuk membawa mereka ke peringkat suku akhir untuk bertemu dengan KLRA. Walaupun kehilangan momentum apabila KLRA berjaya membangkit balik dari 0-2 untuk seri 2-2, Villareal berjaya menang 5-4 dalam sepakan penalti.
Villareal kemudian menempahkan tempat mereka dalam perlawanan akhir dengan penuh gaya apabila mereka menang 6-0 menentang Rocketeers. Empat penjaring yang berbeza iaitu dua gol dari Darwisy Nazeerudin dan Haykal Ielman serta satu gol dari Kishore Varman dan Shafar Hamizan menyumbang kepada kemenangan besar ini.
Harimau United juga menamatkan peringkat kumpulan sebagai naib johan Kumpulan D. Mereka memperoleh 18 mata selepas memenangi enam perlawanan dan mengalami satu kekalahan, iaitu ketika menghadapi pemenang kumpulan MBSA dengan keputusan 1-0 dalam minggu perlawanan ketiga Kumpulan D. Walaupun begitu, mereka berjaya menjaringkan jumlah gol yang mengagumkan sebanyak 27 gol sepanjang peringkat kumpulan.
Hanya satu gol dari Akif Saifuddin diperlukan untuk menewaskan Tunas Lagenda dalam pusingan 16. ‘Hat-trick’ dari Umar Faisal dapat Harimau United mengatasi juara kumpulan C, Forza Maju Jaya 3-1 pada peringkat suku akhir untuk menetapkan perlawanan ulangan menentang MBSA. Dan kali ini, Harimau United berjaya membalas dendam apabila mereka menang 1-0 dari gol Farizuan Abdullah pada minit ke-19 untuk mendapatkan tiket ke perlawanan akhir U14.