Preview Perlawanan Akhir Liga Junior FAS (U8 & U10)

ARTIKEL OLEH:

Selepas beberapa minggu menunggu, Liga Junior FAS akhirnya akan mencapai penentuan klimaks pada Ahad ini. Dalam artikel pertama dari siri tiga bahagian, kita akan meliputi perlawanan akhir dua kategori paling muda dalam Liga Junior FAS iaitu kategori U8 dan U10 di mana satu pasukan mempunyai pasukan muda mereka dalam dua-dua perlawanan akhir tersebut. Bagaimana sebenarnya mereka sampai di sini?

U8 (Harimau United Vs. Young Guns)

Harimau United berjaya layak ke perlawanan akhir dengan rekod 100% kemenangan. Mereka mengakhiri Kumpulan B tempat pertama, tujuh mata atas Kickerz yang berada di tempat kedua setelah berjaya menjaringkan 54 gol dan hanya melepaskan empat gol sebelum mereka berjaya menewaskan PKNS 7-4 dalam pusingan 16.

Walau bagaimanapun, mereka mengalami sedikit kejutan apabila mereka seri lawan Jr bangi 4-4 dalam perlawanan suku akhir, tetapi akhirnya berjaya memenangi sepakan penalti dengan jaringan 3-2. Mereka kemudiannya menang 4-1 menentang Isma Shah Alam dalam separuh akhir untuk mendapatkan tempat dalam perlawanan akhir.

Mereka akan berhadapan dengan Young Guns yang berjaya menduduki tempat pertama dalam Kumpulan D, juga dengan rekod tanpa kalah, dimana mereka berjaya memungut lima kemenangan dan dua seri. Tetapi mereka menghasilkan lebih banyak gol dari Harimau United semasa peringkat kumpulan dengan 66 gol dan hanya membolosi lapan gol.

Young Guns menang 8-0 menentang MBPJ dalam pusingan 16 dan seterusnya memenangi perlawanan menentang Soccer Ace dengan jaringan 2-1 pada saingan suku-akhir. Tetapi mereka terpaksa menghadapi perlawanan yang tegang dalam separuh akhir menentang Tunas Lagenda. Dengan perlawanan berakhir seri 1-1, Young Guns mengekalkan ketenangan mereka untuk menang dalam sepakan penalti 5-4 dan mendapatkan tempat dalam perlawanan akhir kategori U8.

U10 (Golden Boys Vs. Young Guns)

Akademi Bola Sepak Golden Boys berjaya mengakhiri kumpulan B dengan rekod kemenangan 100% dengan menjaringkan 51 gol dan dengan luar biasanya hanya membolosi satu gol (iaitu dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Black Eagle yang berakhir dengan jaringan 3-1). Mereka berjaya menewaskan Tunas Tanjung Karang 6-1 dalam pusingan 16 dan kemudian mengatasi Isma Shah Alam dengan keputusan 4-0. Mereka meneruskan rentakan kemenangan dengan menewaskan Akademi Villareal Malaysia 2-0 dalam separuh akhir. Dengan itu, Golden Boys mempunyai peluang untuk menjadi juara U10 dengan rekod kemenangan 100% sekiranya mereka berjaya menewaskan Young Guns.

Young Guns memulakan pertandingan dengan cemerlang selepas memenangi empat perlawanan pertama mereka. Walau bagaimanapun, mereka kemudian seri dan mengalami dua kekalahan dalam tiga perlawanan kumpulan terakhir. Tetapi empat kemenangan pertama mereka tersebut adalah cukup untuk melangkah ke peringkat seterusnya dengan menamatkan di tempat ke-empat Kumpulan C. Namun, mereka bangkit dari rentakan yang suram dalam peringkat 16 apabila mereka menewaskan juara Kumpulan D, MBPJ, dengan keputusan 2-1 sebelum mengatasi Ombak dengan jaringan 3-2 pada peringkat suku akhir. Sama seperti pasukan U8, Young Guns U10 juga seri 1-1 dan kemudiannya memenangi sepakan penalti dengan jaringan 2-1 menentang Warga Puchong Jr untuk menetapkan perlawanan akhir menentang Golden Boys.

Berita Terkini

BERITA
admin

PELANCARAN JENAMA TANJONG SUBANG JAYA

Subang Jaya – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencatatkan sejarah baharu dengan pelancaran jenama perkhidmatan perhotelan, Tanjong Subang Jaya. Jenama ini merupakan sebahagian daripada jaringan jenama

Read More »