BOLA SEPAK WANITA

PENGADIL WANITA

Program pembangunan bagi menambah bilangan pengadil-pengadil wanita yang berdaftar dengan FAS

JURULATIH WANITA

Menyediakan kursus-kursus khas kejurulatihan khas untuk jurulatih-jurulatih wanita di negeri Selangor

Pembangunan bola sepak wanita merupakan suatu inisiatif terbaru yang akan menjadi antara fokus utama dalam perancangan program pembangunan serta usaha dalam memperkasakan golongan wanita di negeri Selangor. Kami dalam usaha menyediakan platform dalam membangunkan bola sepak wanita dari aspek pemain, jurulatih, pengadil dan juga peranan-peranan penting dalam industri bola sepak yang dijalankan sepenuhnya oleh golongan wanita seperti pegawai media, pereka grafik, videografer dan krew siaran langsung sehingga boleh diwujudkan satu ekosistem yang lengkap dan boleh berdaya saing bersama-sama industri bola sepak lelaki.

Program-program yang di dalam perancangan FAS bagi memperkasakan wanita adalah:

Liga bola sepak wanita

– Selangor Women’s Champions League

– Liga Futsal Wanita Selangor

– Liga Junior Perempuan FAS

Pembangunan kejurulatihan wanita dan pembangunan pengadilan wanita.

Bagi pihak yang berminat untuk menyertai apa-apa program anjuran FAS ataupun sebarang cadangan berkaitan pembangunan bola sepak wanita sila hantarkan emel ke [email protected]