
KENALI YAKIN TEBUS KEKALAHAN, MUNCUL JUARA FAS U18 YOUTH LEAGUE 2026
SUBANG JAYA, 9 OKTOBER 2026 – Kenali Yakin menutup kempen FAS U18 Youth League 2026 dengan penuh bergaya apabila menewaskan Royal Klang Sailors 3-0 pada aksi final untuk dinobatkan sebagai juara. Lebih manis, kemenangan tersebut hadir sebagai penebusan selepas Kenali Yakin pernah diaibkan 5-0 oleh lawan yang sama pada minggu pertama saingan pada penghujung Jun lalu. Ketika itu, Royal Klang Sailors membuka kempen mereka dengan penuh bergaya, manakala Kenali Yakin terpaksa menerima kekalahan besar dalam pertemuan pertama kedua-dua pasukan. Empat bulan kemudian, kedua-duanya kembali bertemu — kali ini di pentas final. Royal Klang Sailors hadir dengan kelebihan sebagai pasukan pilihan selepas mencatat rekod kemenangan 100 peratus sepanjang saingan, termasuk kemenangan besar ke atas Kenali Yakin pada perlawanan pertama. Namun, sejarah














