PENANAMAN POKOK DI HUTAN SIMPAN ULU GOMBAK

ARTIKEL OLEH:

AMPANG JAYA, 28 November 2023: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif dengan menyumbangkan 2000 pokok bagi penanaman di Hutan Simpan Ulu Gombak, Kemensah.

VFive Group SDN BHD sebagai Rakan Penaja Berlian FAS turut menjadi penyumbang utama bagi acara ini.

Program ini adalah satu usaha untuk memenuhi inisiatif Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran dengan menanam 26 juta pokok menjelang 2026.

Jenis pokok yang ditaja oleh FAS terdiri daripada tiga jenis iaitu merbau, meranti tembaga dan merawan siput jantan.

Terdahulu, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang juga merupakan Presiden FAS berkenan menyempurnakan program ini. DYTM Tuanku turut berkenan dengan menanam pokok jenis Intsia Palembanica Merbau.

DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menanam anak pokok merbau ketika program penanaman semula di Hutan Simpan Ulu Gombak Kemensah, Ampang Jaya. Foto NAJIHAH/FAS

Kami di Persatuan Bolasepak Selangor ingin berterima kasih kepada mereka yang terlibat daripada:

  1. PENGARAH JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR
    • Tuan Azhar bin Ahmad
  2. PEJABAT DAERAH DAN TANAH GOMBAK
    • Puan Nor Azlina binti Abdul aziz
  3. YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
    • YDP Dr.Ani Binti Ahmad
  4. YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
    • YDP Dato’ Mohd Yazid bin Sairi
  5. PENGARAH JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR
    • Tuan Ir. Hj. Lokman bin Hj. Nasir
  6. ORANG BESAR DAERAH GOMBAK
    • YAD Tan Sri Dato’ Paduka Raja Dato’ Hj. Wan Mahmood bin Pa’ Wan Teh
  7. VFIVE GROUP
    • YBhg. Datuk Hj. Mohd Syafiq bin Hj. Abdullah
  8. PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA
    • Tuan Mohd Izzat Afifi bin Abdul Hamid
  9. PRESIDEN MAJLIS BELIA SELANGOR
    • YBhg. Dato’ Mohd Imran Tamrin
  10. PEJABAT KESIHATAN GOMBAK
    • YBhg. Dr. Rozlan bin Ishak
  11. LIMKOKWING UNIVERSITY
    • YH. Dato’ Sri Timothy Lim Kok Wing Jr.
  12. APMM GOMBAK
    • YBhg. Lt. (PA) Mohd Zhafran Hanafi bin Mohd Rosdan
  13. Rela Gombak
  14. JAIS GOMBAK
    • YBhg. Mohamed Tahir bin Abd. Manap (Pegawai tadbir Agama)
  15. QANDANG ATV KEMENSAH
    • YBhg. Tuan Rusyadi bin Sambri
  16. IPD AMPANG JAYA PDRM
    • YBhg. ACP Mohd Azam bin Ismail
  17. PEJABAT PENGHULU MUKIM HULU KLANG
    • YBhg. Rahmad Aydil bin Ali Akhbar
  18. TRCRC
    • YBhg. Dr. Dzaeman bin Dzulkifli

Turut menyertai program tanaman ini seramai 200 orang sukarelawan.

Objektif kami agar dapat memberi kesedaran dan peluang kepada orang ramai dengan lebih dekat tentang proses pemuliharaan hutan.

Berita Terkini