FAS bertekad untuk membangunkan bakat & memperkasakan liga-liga sosial di negeri Selangor dengan tujuan untuk melahirkan ‘juara’ dari kalangan pemain. Antara matlamat utama FAS adalah untuk menyediakan peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk bermain bola sepak pada tahap penganjuran & venue pertandingan yang tertinggi.
Terdapat beberapa kategori liga dianjurkan oleh FAS demi meningkatkan daya saing liga-liga ini.
Liga bola sepak amatur merupakan salah satu daripada program pembangunan teras yang dijalankan oleh FAS. Bagi kategori terbuka lelaki, struktur dan hala tuju kini telah mencapai status hampir menyeluruh. Liga Negeri ataupun dikenali sebagai Liga FAS mempunyai sejarah yang sangat panjang dalam penganjuran perlawanan serta tahap persaingan yang tinggi.
LIGA FAS DAN LIGA JOMA
Piramid Liga FAS dimulakan dengan Liga Joma di mana sekurang-kurangnya 16 pasukan bertanding untuk merebut slot untuk mara ke Liga FAS. Liga Joma ini juga menjadi platform saringan bagi pemilihan pasukan-pasukan untuk diterima masuk ke struktur utama Liga FAS yang mengandungi 4 divisyen yang mana divisyen tertinggi merupakan Liga Super FAS diikuti Liga Perdana FAS seterusnya Liga Bahagian 1 dan divisyen terendah adalah Liga Bahagian 2 FAS yang mana menjadi langkah pertama pasukan-pasukan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam Liga Joma.
Selangor Champions League (SCL) merupkan liga tertinggi di dalam kelolaan FAS di mana SCL ini telah bermula pada tahun 2016 yang dicetuskan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor yang kini merupakan Presiden FAS. SCL pada mulanya diadakan untuk membentuk satu hala tuju di dalam kancah bola sepak amatur di negeri Selangor. Kini SCL telah menjadi sebuah liga paling berprestij di negeri Selangor bukan hanya pada barisan pasukan-pasukan yang menyertainya malahan taraf penganjurannya juga sentiasa berada di satu tahap yang terbaik.
AFFILIATED LEAGUE
Selain daripada Liga FAS, FAS juga turut bekerjasama dengan lebih 36 penganjur liga-liga amatur persendirian di seluruh negeri Selangor di bawah program FAS Affiliated League. Terdapat dua kategori bagi liga-liga di bawah program ini iaitu Slot Automatik dan Slot Pusingan Kelayakan. 6 liga amatur dengan prestasi terbaik bakal mendapat satu slot automatik ke Selangor Champions League (SCL) dan liga-liga yang lain mendapat dua slot ke Pusingan Kelayakan di mana 4 pasukan terbaik bakal mara ke saingan Selangor Champions League.
FAS Youth League
Liga pembangunan bagi kategori umur Bawah-20 tahun dan Bawah-18 tahun yang bertujuan menjadi platform latihan dan pencarian bakat untuk dipilih menyertai Skuad Piala Presiden dan Skuad Piala Belia Selangor FC.
FAS Junior League
Liga pembangunan merangkumi kategori yang menyeluruh seawal usia 7 tahun sehingga 17 tahun yang melibatkan akademi-akademi, sekolah-sekolah, Akademi Tunas, Pusat Latihan Daerah dan Akademi Elit Selangor FC.
Kategori U8:
Jumlah pendaftaran skuad maksimum dua puluh (20) pemain dan hanya sepuluh (10) pemain boleh didaftarkan pada hari perlawanan.
Format:
Keluasan Padang: 35m x 25m
Jumlah Pemain: 5 vs 5
Masa Perlawanan: 3 x 15 minit
Saiz Gol: 4m x 2m
Offside: Tiada
Rehat: 2 minit/half
Pertukaran: ‘Rolling subs’
Kategori U10:
Jumlah pendaftaran skuad maksimum dua puluh (20) pemain dan hanya empat belas (14) pemain boleh didaftarkan pada hari perlawanan.
Format:
Keluasan Padang: 50m x 35m
Jumlah Pemain: 8 vs 8
Masa Perlawanan: 2 x 25 minit
Saiz Gol : 6m x 2m
Offside: Tiada
Rehat: 3 minit/half
Pertukaran: ‘Rolling subs’
Kategori U12:
Jumlah pendaftaran skuad maksimum dua puluh (20) pemain dan hanya enam belas (16) pemain boleh didaftarkan pada hari perlawanan.
Format:
Keluasan Padang: 70m x 55m
Jumlah Pemain: 9 vs 9
Masa Perlawanan: 2 x 25 minit
Saiz Gol: 6m x 2m
Offside: Tiada
Rehat: 3 minit/half
Pertukaran: ‘Rolling subs’
Kategori U15:
Jumlah pendaftaran skuad maksimum tiga puluh (30) pemain dan hanya dua puluh (20) pemain boleh didaftarkan pada hari perlawanan.
Format:
Jumlah Pemain: 11 vs 11
Masa Perlawanan: 2 x 30 minit
Rehat: 5 minit/half
Pertukaran: Maksimum sembilan (9) pertukaran pemain dalam lima (5) peluang pertukaran & tidak dibenarkan ‘rolling subs’
Kategori 17:
Jumlah pendaftaran skuad maksimum tiga puluh (30) pemain dan hanya dua puluh (20) pemain boleh didaftarkan pada hari perlawanan.
Format:
Jumlah Pemain: 11 vs 11
Masa Perlawanan: 2 x 30 minit
Rehat: 5 minit/half
Pertukaran: Maksimum sembilan (9) pertukaran pemain dalam lima (5) peluang pertukaran & tidak dibenarkan ‘rolling subs’
Hakcipta Terpelihara © Persatuan Bola Sepak Selangor