PENGADIL

PENGADIL

Pembangunan pengadil negeri Selangor merupakan antara aspek utama yang ditekankan di dalam perkembangan bola sepak di negeri Selangor. FA Selangor komited untuk menghasilkan pengadil berkualiti yang mampu melangkah jauh sehingga ke peringkat antarabangsa.

Di FAS, terdapat lebih 200 orang pengadil yang berdaftar secara sepenuh ataupun separuh masa. Berikut merupakan senarai pecahan pengadil mengikut kategori & peringkat-peringkat tertentu. 

Pengadil FIFA
0
Pengadil Kebangsaan
0
Pengadil Wanita
0
Penilai Pengadil
0
Jumlah Pengadil
0
PEMBANGUNAN PENGADIL FAS

Setiap tahun, FAS akan membuka pendaftaran bagi merekrut barisan pengadil-pengadil berdaftar yang baru bagi memastikan negeri Selangor tidak menghadapi sebarang isu berkaitan kekurangan jumlah pengadil. Selain daripada itu, usaha melahirkan lebih ramai pengadil yang berkualiti dan bertaraf tinggi juga akan menjadi lebih mudah sekiranya terdapat ramai bilangan pengadil yang sedia ada. 

Pihak FAS juga dalam proses merangka semula struktur pembangunan pengadil dan bakal memperkenalkan beberapa program baharu dalam meningkatkan kualiti pengadil seperti FAS Elite Referee Program yang diwujudkan bertujuan untuk melahirkan lebih ramai pengadil elit bertaraf FIFA yang boleh membawa nama Selangor ke peringkat tertinggi dan juga menyumbang semula kepada barisan pengadil-pengadil baharu. Selain daripada itu, FAS juga dalam proses menghasilkan sebuah portal atas talian bagi membawa pengadil-pengadil di negeri Selangor ini tidak ketinggalan dalam era digital kini.

Anda semua juga dialu-alukan untuk mendaftar minat menyertai kami sebagai pengadil pada pautan di bawah.

PENGADIL KEBANGSAAN

PENGADIL PRA KEBANGSAAN

PENGADIL
KELAS I

PENGADIL
KELAS III