Pengumuman Rasmi Westports Liga Junior 2023 Suku-Akhir Kategori B12

ARTIKEL OLEH:

Pihak FAS telah menerima bantahan rasmi berkaitan pelanggaran peraturan oleh pasukan Tunas Tanjung Karang bagi kejohanan Liga Junior FAS 2023 Kategori B12 berdasarkan Klausa 6.2: Kelayakan Pemain kerana memainkan pemain Akademi Tunas (AT) melebihi kuota yang ditetapkan.

Sehubungan itu, satu siasatan dan proses perbicaraan telah dijalankan dan didapati Tunas Tanjung Karang BERSALAH dan akan dikenakan hukuman walkover 3-0 bagi pusingan Suku Akhir. Pihak FAS memandang serius berkenaan hal ini dan dianggap kesalahan yang sangat berat. Oleh itu, hukuman lanjut akan dibicara oleh Ahli Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) dan diumumkan kemudian.

Pasukan KB Berjaya Park akan diberikan kemenangan 3-0 dan bakal bertemu Pasukan Bukit Kuching pada perlawanan separuh akhir yang bakal berlangsung pada 8hb Oktober 2023, Ahad di Padang A, Radia Arena Bukit Jelutong jam 9.30 pagi.

Izrin Nabil Ismail
Setiausaha Agung
Persatuan Bolasepak Selangor (FAS)

Berita Terkini