Pembangunan jurulatih di negeri Selangor turut menjadi fokus dalam membangunkan bola sepak di peringkat akar umbi. FA Selangor percaya dengan adanya barisan kejurulatihan yang baik, ia akan menghasilkan lebih ramai pemain yang berkualiti & berbakat.
FA Selangor menyediakan kursus-kursus di peringkat Kelas D & Kelas C di bawah kendalian FAS demi menjamin kualiti kursus yang terbaik. Nantikan pengumuman-pengumuman terkini berkaitan kursus kejurulatihan yang bakal dianjurkan di semua platform rasmi FAS.
Pada peringkat sijil yang memperkenalkan aspek latihan & mengajar kanak-kanak berkenaan teknik asas permainan bolasepak.
Permulaan kepada perjalanan seorang jurulatih untuk terlibat dalam latihan yang melibatkan latihan permainan, latihan taktikal & latihan kepada “elite footballers”.
Terlibat dalam latihan yang melibatkan latihan permainan, latihan taktikal dan latihan kepada “elite footballers” serta penyediaan “log book”.
Jurulatih diperkenalkan cara & bagaimana persediaan pasukan menghadapi sesebuah liga yang dianjurkan.
Hakcipta Terpelihara © Persatuan Bola Sepak Selangor