
Piala Sumbangsih FAS 2025: Pembuka Tirai Musim Bola Sepak Amatur Selangor.
Piala Sumbangsih FAS 2025 membuka tirai musim bola sepak Selangor dengan gaya yang cukup bersejarah apabila buat pertama kalinya, kejohanan ini menyaksikan perlawanan melibatkan kategori lelaki dan wanita diadakan serentak dalam satu hari di Stadium MPAJ. Perlawanan ini bukan sahaja mempertemukan dua kuasa besar bola sepak lelaki negeri Selangor, malah mencatat detik bersejarah dengan penganjuran edisi pertama Piala Sumbangsih Wanita FAS, sebagai simbol komitmen terhadap pembangunan bola sepak yang lebih inklusif dan menyeluruh. Kategori Lelaki: Aksi Sengit Buka Tirai Musim Dalam pertembungan antara MPKJ FC selaku juara Liga Super Selangor 2024 dan MBSA FC yang muncul juara Piala FA Selangor 2024, para penyokong disajikan dengan aksi kompetitif sejak wisel pertama. MPKJ FC menjuarai kempen Liga Super FAS 2025 mereka menerusi