Gol Minit Terakhir Amir Firdaus Menjadikan Tebuan Juara Liga UOW

ARTIKEL OLEH:

Amir Firdaus menjadi wira Tebuan FC di mana mereka muncul juara Liga UOW selepas mengatasi juara bertahan Najmi SFFC 2-1, menafikan mereka menajdi juara dua kali berturut-turut


Sebelum ini, dua-dua pasukan tersebut pernah bertemu dalam peringkat kumpulan pada minggu perlawanan ke-empat di mana Tebuan menang atas Najmi dengan keputusan yang sama dan mereka juga bertemu pada separuh akhir Liga UOW tahun lepas di mana Najmi menewaskan Tebuan 3-2

Tebuan memulakan perlawanan dengan sempurna di mana dari hantaran pendek Nizam Abdul Rahim, Harith Roslan dengan ruang cuma mengambil 35 saat untuk menjaringkan gol dari ‘half-volley’.

Tetapi ini merangsangkan Najmi SFFC di mana mereka terdapat lebih peluang dari Tebuan dalam separuh masa pertama. Namun, Amir patut menggandakan jumlah gol Tebuan pada minit 14, tetapi penjaga gol Najmi, Raja Syamil Hezrie, berjaya menghentikan percubaan rendah tersebut.

Ketekunan Najmi dihadiahkan pada minit 28. Lukman Hakim Zulkepli berjaya mengelakkan perangkap ‘offside’ Tebuan untuk mendapatkan hantaran Shamsuri Saleh. Walaupun percubaan pertama Lukman terkena tiang, beliau pasti percubaan kali kedua dari jarak dekat masuk gawang gol untuk menyamakan kedudukan.

Pada minit 42, pemain pertahanan Tebuan, Nadzul Zainuddin, terus dilayankan kad merah selepas dianggap menjatuhkan Ibrahim Suhaib, menafikan beliau peluang jaringan gol sebagai pemain pertahanan terakhir.

Tetapi, Najmi gagal mengambil kesempatan kelebihan nombor pemain dan mereka akhirnya dihukum dalam masa tambahan. Harith menjadi pembantu pada kali ini di mana hantaran beliau dapat mencari Amir di sebelah kanan kotak Najmi dan beliau melancarkan rembatan terus dengan satu sentuhan, berjaya dapat jaringan gol yang memberikan kemenangan dan piala Liga UOW kepada Tebuan.

Dua-dua pasukan tersebut bakal beraksi dalam playoff Selangor Champions League sebagai dua pasukan teratas Liga UOW.

Berita Terkini