Zawani Nisha Muncul Wira Untuk Memastikan Trofi Juara FAS WSL 2023 Milik MBSJ

ARTIKEL OLEH:

MBSJ muncul juara FAS Women’s Super League (WSL) selepas menang melalui sepakan penalti untuk kali kedua berturut-turut musim ini, mengatasi UPNM 3-0 selepas keputusan seri 1-1 hasil prestasihebat oleh penjaga gol mereka Zawani Nisha yang berjaya menghentikan semua sepakan penalti UPNM.

Momentum perlawanan positif dimiliki oleh UPNM seawal 30 saat sahaja selepas percubaan Nurul Arliana Nabila masuk ke gawang gol, memecahkan rekod gol yang paling awal dijaringkan dalam sejarah WSL yang dipegang oleh pemain MBSJ, Naziratul Amira pada musim lepas iaitu 50 saat melawan Rhym Rovers.

Tetapi pada minit ke-17, MBSJ mengambil kesempatan atas kelekaan UPNM di mana Fatin Shahida yang membawa bola ke depan gol tidak melancarkan percubaan, sebaliknya memilih menghantar bola ke Nur Lyana Soberi yang mengambil peluang untuk menjaringkan gol penyamaan.

Walau bagaimanapun, UPNM masih memiliki lebih penguasaan bola dan juga lebih banyak menghasilkan percubaan terhadap gawang gol MBSJ, terutamanya dari pemain penyerang Henrietta Justine. Namun, kombinasi halangan Zawani Nisha dan palang gol menafikan Henrietta dan UPNM manakala gandingan pertahanan Steffi Sarge Kaur dan Nur Balqis Zamrin menghentikan semua percubaan tersebut.


Tiada siapa berjaya mendapatkan gol kemenangan dan sepakan penalti diperlukan lagi sekali untuk menentukan pemenang. MBSJ mendapat kelebihan selepas menjaringkan dua penalti pertama mereka manakala Zawani meneka betul untuk menafikan percubaan Felicity Loudea Thomas dan Siti Nurfaizah Saidin, meletakkan MBSJ dalam posisi yang kuat.


Tetapi, percubaan MBSJ seterusnya oleh Nur Afrina Azhar tersasar, memberikan Henrietta peluang untuk memberi harapan balik kepada UPNM. Tetapi percubaan beliau juga diteka betul oleh Zawani yang juga muncul ‘Star of The Matc’ perlawanan dan Norhanisa Yahya menyempurnakan sepakan MBSJ seterusnya dan menanugerahkan MBSJ sebagai juara FAS Women’s Super League musim kedua.

Pemain Terbaik (MVP)

Nur Lyana Soberi (MBSJ)

Kasut Emas:

Intan Sarah (Kelana United, 8 goal)

Sarung Tangan Emas:

Nurul Azurin Mazlan (UPNM) 5 ‘Clean Sheet’ 455 minit bermain. 

Pemain Muda Terbaik:

Qaseh Rania (MBSJ)

Berita Terkini

BERITA
fsadmin

PELANCARAN JENAMA TANJONG SUBANG JAYA

Subang Jaya – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencatatkan sejarah baharu dengan pelancaran jenama perkhidmatan perhotelan, Tanjong Subang Jaya. Jenama ini merupakan sebahagian daripada jaringan jenama

Read More »