Malam Anugerah Pengadil 2023: Senarai Penuh Pemenang

ARTIKEL OLEH:

Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) telah mengadakan Malam Anugerah Pengadil Selangor di Glenmarie Hotel & Golf Resort pada malam 15 Mac 2023 di mana sebanyak hampir 200 orang menghadiri peristiwa yang memeriahkan bertujuan memberikan penghargaan serta mengingati dan membalas jasa terhadap pengadil dari masa lepas, terkini dan masa depan yang bertugas untuk memastikan peraturan dan arahan diikuti atas padang bola sepak semasa perlawanan dijalankan.

Antara acara utama pada malam tersebut adalah penyerahan anugerah kepada pengadi-pengadil cemerlang dalam pelbagai kategori seperti Pengadil Terbaik Kebangsaan dan Pengadil Wanita Terbaik serta penyampaian lesen pengadil tahun 2023 kepada pengadil-pengadil yang baru sahaja lulus ujian Kelas 3. 

Sebelum acara utama dijalankan, malam anugerah bermula dengan ucapan dari YB Hj Ismail Yakop, bekas pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAS, Izrin Nabil, Setiausaha Agong FAS dan En. Sekar Chandran, pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAS.

Majlis diteruskan dengan jamuan makan malam, tiga sesi ‘Lucky Draw’ serta dihiburkan dengan persembahan oleh pengadil FAS, dan penyampaian cenderahati kepada En. Ismail Che Mat yang akan bersara pada tahun ini termasuk kepada beberapa bekas pengadil lain atas perkhidmatan mereka.

Majlis diakhiri dengan penyampaian lesen Kelas 3 kepada kumpulan pengadil baru yang dinilai sejak tahun 2022 selepas mereka berjaya memenuhi kriteria serta penyampaian sijil penghargaan kepada penilai pengadil.

Malam anugerah ini menjadi malam penghargaan kepada semua pengadil bola sepak yang berdedikasi dan berusaha keras untuk menjaga integriti permainan dan memastikan setiap pertandingan berjalan mengikut peraturan “laws of the game”.

Tanpa pengadil yang dapat dipercayai dan berdedikasi, permainan bola sepak akan kehilangan integritinya dan mungkin tidak diakui sebagai sukan yang adil dan menyeronokkan untuk dimainkan.

Terima kasih kerana menjaga “laws of the game” dan memberikan sumbangan yang berharga untuk perkembangan sukan ini termasuk semua pertandingan anjuran FAS. Semoga anda semua terus berdedikasi dan memperjuangkan integriti sukan ini.

Senarai Nama Pemenang Anugerah:

Pengadil Terbaik (Kategori Kebangsaan):

Mursyid Baharom

Pengadil Terbaik (Kategori Negeri):

Salam Abdul Hadi

Pengadil Wanita Terbaik:

Munirah Ha’ali

Pengadil Futsal Terbaik:

Zulhilmi Haikal Zamrisham

Pengadil Senior Terbaik:

Veerasamy A/L Muniandy

Pengadil Muda Terbaik:

Muhammad Hafiy Shah

Anugerah Pengadil Ikon (Menghargai pengadil yang telah dilantik menjaga perlawanan penting seperti perlawanan akhir pertandingan FAS dan perlawanan di atas pentas Asia): 

Razlan Jofri Ali, Mohamad Mu’azi Zainal Abidin, Muhammad Syahir Shaharul Nizam, Abd Rahman Wahab, Logeswaran A/L Sinnasamy

Pengadil Paling Komited (Tiga pengadil teratas yang paling banyak mengadili perlawanan pada tahun 2022): 

Mohd Wari Jasman (96 perlawanan), Muhd Harris Sharuddin (104), Handoko (114)

Penilai Pengadil Terbaik: 

Hj Abdul Wahid Hamid

Berita Terkini