Westports FAS Junior League 2022 yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) telah bermula pada hujung minggu lepas setelah selama dua tahun tanpa beraksi.
Pertandingan ini disertai oleh kelab-kelab ahli gabungan FAS dan juga wakil pasukan dari liga ahli gabungan FAS. “Platform ini diadakan untuk semua anak-anak mendapatkan minit permainan di samping menjadi pentas bagi mencungkil bakat untuk masa depan bola sepak Selangor” kata Datuk Dr. P. Sugumaran selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAS yang turut hadir untuk memeriahkan hari pertama liga.
FAS Junior League menyaksikan lima liga kategori umur yang berbeza iaitu U8, U10, U12, U15 dan U17.
Semua kategori, walaupun dengan jumlah pasukan berbeza, memisahkan semua pasukan ke empat kumpulan kecuali Liga U8 dimana 16 pasukan diundi ke dua kumpulan sahaja. Walau bagaimanapun, syarat kelayakan ke pusingan seterusnya adalah sama untuk semua liga di mana empat pasukan teratas akan layak
Kumpulan umur U8 akan menggunakan peraturan 5v5, kumpulan U10 8v8 dan kumpulan U10 bakal menggunakan 9v9 di mana semua liga kumpulan umur tersebut membenarkan ‘rolling subsititution’ manakala U15 dan U17 akan bermain dengan 11v11 seperti biasa tetapi liga tetap mengekalkan peraturan pemain gantian yang biasa iaitu lima pertukaran dari sembilan pemain boleh digunakan.
FAS Junior League akan berjalan dari 27 Ogos hingga 30 Oktober pada setiap hari Sabtu dan Ahad.
Semua perlawanan akan berlangsung di Radia Arena Bukit Jelutong untuk kumpulan U8, U10 dan U12 manakala kumpulan umur U15 & U17 akan beraksi di Arena 26 Shah Alam.