Preview SCL 2022 Playoff

ARTIKEL OLEH:

4 bulan selepas berakhirnya saingan SCL 2021, 20 pasukan telah ditentukan untuk berebut 10 tempat terakhir untuk layak ke Selangor Champions League (SCL) 2022 yang akan bermula pada bulan Oktober.

20 pasukan tersebut dipisahkan ke empat kumpulan mengandungi lima pasukan. Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan menempah tiket SCL 2022 manakala dua pasukan tempat ketiga yang terbaik juga akan layak.

Berikut adalah pasukan-pasukan yang akan bertanding dalam SCL 2022 playoff yang akan datang.


Kumpulan A

Kita pastinya dijamin menyaksikan sekurang-kurangnya dua pasukan yang akan layak ke SCL pada kali pertama dalam sejarah mereka dari Kumpulan A. Ini kerana semua lima pasukan dalam kumpulan tersebut tidak pernah bertanding dalam SCL sejak pertubuhannya pada tahun 2016.

Tiga dari lima pasukan dalam kumpulan ini layak ke peringkat playoff melalui slot SCL 2021. OSV FC, FC SWAT dan Gamestop FC mendapat peluang untuk menyertai playoff pada edisi sebelumnya, tetapi tidak dapat memenuhi syarat ketika itu. Kini, mereka kembali dan kali ini menunaikan syarat yang diperlukan untuk bersaing mendapatkan tempat di SCL 2022.

Sijangkang City pula layak ke playoff melalui TwentyFive.7 League sebagai naib juara manakala Bintang Gombak FC juga layak sebagai naib juara Footy Premier League.

Kumpulan B

Kumpulan B boleh dilabelkan sebagai “Group Of Death” setelah beberapa pasukan yang bernama diundi dalam kumpulan sama. Dua kali naib juara SCL, KRU FC berada di sini selepas layak melalui Selangor Social Premier League termasuk pasukan lawan utamanya dalam liga, Klasiko FC, yang juga merupakan antara ‘household name’ dalam SCL. Dua-dua pasukan bakal akan berlawan dalam dua pertandingan yang berbeza berturut-turut.

Turut menyertai kedua-dua pasukan tersebut adalah SA Bujangga, naib juara Liga UOW dan peserta SCL 2021 selain  Nossa FC  yang juga merupakan ‘quarter-finalist’ Liga UOW dan naib juara The District Social League (TDSL) Eco Ardence dan juara Footy Premier League, Baiduri FC.

Kumpulan C

Layak melalui juara Shah Alam League (SAL) dan juga juara Liga FAS Bahagian 1, Kelana United boleh dinamakan sebagai pasukan yang dijangka layak ke SCL 2022 selepas prestasi yand unggul dalam dua-dua liga tersebut di mana Kelana mengakhiri SAL dan Liga FAS Bahagian 1 dengan rekod 100% menang.


Rose FC bakal akan bertemu dengan Kelana United lagi sekali setelah berakhir sebagai naib juara SAL manakala ‘semi-finalists’ Liga UOW Tebuan FC juga boleh mengejutkan pihak lawan.

Juara Selangor Social League, Bandar Putera 2 FC dan juara Ryders Kuang League, Gelako FC melengkapkan Kumpulan C

Kumpulan D

Akhir sekali, Kumpulan D disertai Najmi Super Freunde yang baru sahaja menjadi juara Liga UOW selepas mengatasi SA Bujangga 1-0 di perlawanan akhir dan juga merupakan juara Klang Valley League (KVL) Gombak.

Najmi akan berljumpa naib juara KVL Gombak, KKB Brotherhood pada kali kedua manakala juara dan naib juara KVL Shah Alam, USTT FC dan Real Ingress juga akan bertemu sekali lagi.

Antara dua pesaing dari liga tersebut, naib juara Derby Social League BK Brothers FC melengkapkan kumpulan D.

Perlawanan Playoff SCL 2022 akan dijalankan dari 6-23 September dan beraksi di Radia Arena Bukit Jelutong dan Arena 26, Seksyen 26 Shah Alam.

Berita Terkini