MBSA, MBPJ Pasukan Terakhir Mara Ke Suku Akhir, PIB Selamat

ARTIKEL OLEH:

Dua tempat kalayakan terakhir kini sah diisi oleh MBSA dan MBPJ selepas keputusan minggu lepas manakala PIB FC mampu menarik nafas lega kerana mereka kekal akan beraksi di Liga Super lagi sekali pada edisi depan.

MBSA berjaya mendapat kemenangan yang diperlukan unuk layak selepas mengalahkan MBPJ 2-1. Dua gol dalam dua minit oleh Faiz Ismail dan Mahdi As-Sahrif pada awal babak kedua perlawanan meletakkan MBSA dalam zon kemenangan manakala gol Danial Suakri dalam masa tambahan hanya berjaya mendapat gol saguhati. Oleh sebab keputusan ini, MBSA berjaya memotong MBPJ dan naik ke tempat ketiga di Kumpulan B.

Walaupun kalah, MBPJ juga layak ke peringkat suku akhir selepas Anak Kalumpang dikalahkan oleh PBD Kuala Langat 1-2. Anak Kalumpang hanya perlu seri untuk memotong MBPJ ke tempat keempat kerana perbezaan gol yang lebih tinggi. Namun begitu, gol Kuala Langat hasil jaringan Haziq Irfan dan Akhir Bahari menghancurkan peluang kelayakan Anak Kalumpang walaupun gol penyamaan Alif Haikal memberikan harapan pendek buat mereka.

Oleh sebab dua keputusan tersebut, BOSS FC juga gagal layak ke pusingan suku akhir.

Dalam Kumpulan A, PIB FC menyelamatkan diri dari zon penyingkiran Liga Super selepas mengalahkan PNSB 2-1 dan sekaligus, menyebabkan PNSB turun ke Liga Perdana pada musim depan. Muhd Syahmi Nurul Hisham muncul wira bagi PIB kerana menjaringkan kedua-dua gol PIB dan gol PNSB yang dijaringkan oleh Nur Idlan Zainon pada minit ke-64 hanya mampu menjadi gol saguhati.

Mozyda tewas besar bertemu dengan MP Klang dengan keputusan 0-4. Haziq Haikal membuka tirai gol pada minit ke-28 dan Muhd Azamuddin berjaya menggandakan perbezaan gol pada minit ke-41. MP Klang menambah kesengsaraan Mozyda dengan menyumbat dua lagi gol daripada Shah Razmi Jasmi dalam sepuluh minit terakhir perlawanan untuk mendapat kemenangan dan yang paling mengagumkan adalah MPK berjaya mengakhiri peringkat kumpulan tanpa membolos satu gol.

Teleflow mengakhiri kempen liga mereka dengan kekalahan 1-2 bertemu Smart Focus. Dua gol dalam enam minit dijaringkan oleh Izzat Akmal dan Zulkhairi Kamal meletakkan Smart Focus ke arah kemenangan walaupun Yazid Kamaruzuan hanya mampu menjaringkan gol saguhati Teleflow pada minit ke-69. Juara Selangor Champions League 2021, Teleflow sudah pasti terkeluar daripada perlawanan suku akhir kerana tewas kepada Mozyda mengikut kiraan ‘head-to-head’ pada minggu ke-tiga. Oleh sebab itu, kemenangan keatas Smart Focus tidak akan berubah situasi mereka.


Perlawanan antara dua pasukan yang sudah layak, MPKJ dan Gombak FA-MPAJ diakhiri dengan keputusan seri tanpa gol.

Perlawanan suku akhir Liga Super FAS akan dijalankan pada minggu ini di mana empat pemenang akan terus layak ke Selangor Champions League 2022 secara automatik.

Berita Terkini