Westports Liga Junior FAS 2024: Berakhirnya siri ke-4

ARTIKEL OLEH:

Westport Liga Junior FAS 2024 berakhir di Pusat Latihan FA Selangor dimana 10 pasukan telah mara ke peringkat akhir. Bagi perlawanan bawah 8 tahun menunjukkan PKNS FC telah menumpaskan Bukit Kuching dengan keputusan 3-4.

Bagi bawah 10 tahun pula, Villarreal Malaysia Academy tewas di tangan Prestige fc apabila mereka berkeputusan seri dan terpaksa membawa perlawanan hingga ke sepakan penalti dengan keputusan 2-3.

Bagi pasukan bawah 12 tahun, Soccer ace terpaksa akur dengan SFC Soccer School yang juga tewas disepakkan penalti dengan keputusan 5-6. Perlawanan ini amat seimbang dan kedua-dua pasukan memberikan aksi-aksi yang berkualiti.

Pasukan SFC Soccer School bersorak selepas berjaya menumpaskan Soccer Ace dalam sepakan penalti

Manakala bagi perlawanan bawah 14 tahun, TSS telah menumpaskan Harimau United dengan keputusan 4-0. Gol yang dihaslkan oleh Lo Cay Vern pada minit ke 19, dua jaringan yang oleh Adam Faqeeh pada minit ke 25 dan 31 dan Fareez Danial menyumbat satu gol pada minit ke 37.

Aksi pemain TSS dan juga Harimau United bagi perlawanan bawah 14 tahun

Bagi perlawanan bawah 16 tahun, sekali lagi pasukan TSS menumpaskan Villarreal Malaysia Academy dengan kemenangan selesa 4-0. Pembuka jaringan untuk TSS di jaring sendiri oleh pasukan lawan pada minit ke 16. Kemudian Dani Nazrin menjaringkan gol ke 2 TSS yang menjadikan TSS lebih selesa. Danish Harith meledak gawang gol lawan dengan gol yang cantik pada minit 54 dan kemudian Danish menjaringkan gol ke-4 TSS pada minit akhir perlawanan. TSS mejadi juara bagi perlawanan bawah 16 tahun ini. Saksikan sorotan perlawanan ini di https://www.youtube.com/watch?v=phxUJP5wE0M

TSS juara bagi kategori bawah 16 tahun Juniors League 2024

Berita Terkini

BERITA
admin

PELANCARAN JENAMA TANJONG SUBANG JAYA

Subang Jaya – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencatatkan sejarah baharu dengan pelancaran jenama perkhidmatan perhotelan, Tanjong Subang Jaya. Jenama ini merupakan sebahagian daripada jaringan jenama

Read More »