Usaha MBSA Membuahkan Hasil, NPNG Ke Puncak Kumpulan B

ARTIKEL OLEH:


MBSA perlu tunggu sampai hujung perlawanan untuk mengalahkan Smart-Focus walaupun menguasai permainan manakala NPNG menang selesa ke atas Mozyda pada perlawanan minggu keempat Liga Super FAS 2023 pada aksi Kumpulan B hujung minggu lepas.

MBSA ditinggalkan pada minit ke-18. Selepas tandukan A. Varathan terkena palang dan penjaga gol MBSA, Jamalulail Hassan cuba untuk menyelamatkan bola tersebut, lorongan terbuka bagi Iskandar Dzulkarnain untuk menyudahkan percubannnya dari jarak dekat untuk meletakkan Smart-Focus di hadapan.

MBSA tidak tergesa-gesa untuk menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian. M. Kalairasan menyudahkan percubaan kedua selepas penjaga gol Smart-Focus, Aiman Nasir berjaya menghalang percubaan pertamanya. MBSA mendominasi permainan dengan serangan dan percubaan. Namun, kombinasi Aiman menidakkan tindakan MBSA dan Basyir Ahmadd, Danish Iman, dan Izman Solehin tidak mengambil peluang dengan kemas untuk mendapat gol kedua MBSA.

Akhirnya pada aksi terakhir perlawanan, Azfar Hamzah menjadi wira MBSA selepas hantaran bola Kalairasan mendapat cari larian Azfar ditengah padang dan berjaya menjaringkan gol selepas 1 lawan 1 pada minit ke-75, memberikan BSA tiga mata yang penting.

NPNG menyambung rentak kemenangan selepas menang 3-0 ke atas Mozyda. Corak perlawanan adalah seimbang antara dua pasukan di mana mereka berkongsi penguasaan bola dan peluang. Sebelum permainan hampir tamat pada separuh masa pertama, hantaran bola tepat kepada Lukhman Noor Hakim yang berlari perangkap ‘offside’ merekakan peluang situasi 1 lawan 1. Namun, pemain tengah tersebut memberi peluang kepada Razzmir Ashraff, yang berada di posisi lebih baik, meletakkan NPNG 1-0 selepas 31 minit waktu permainan.

NPNG kemudian menambah jaringan kedua pada minit ke-46. Hantaran bola Akhir Bahari tepat berjaya mencari Razzmir yang berada di sebelah kanan padang dan penyerang tersebut menyudahkan sepakan rendah melepasi penjaga gol untuk gol kedua. Yazid Zaini pula menambah satu lagi jaringan enam minit selepas minit gol yang kedua, hasil daripada tandukan jarak dekat. Walaupun Mozyda berusaha keras untuk mendapat momentum, mereka sukar memberi masalah terhadap NPNG secara konsisten.

Dalam permainan kumpulan B yang lain, BOSS hanya perlu satu jaringan untuk menewaskan PKNS selepas Azizie Hamid menyudahkan jaringan pada minit ke 17.

Dalam Kumpulan A pula, dua gol dari Fakhrulrazi Nordin membantu MPKj dengan menumpaskan PiB 2-0, Gombak FA pula mengalahkan MBPJ 1-0 dalam perlawanan yang agak tegang dan terus melonjak ke tangga keatas liga. MP Klang pula mengalahkan Sun Riders 3-1 dan mereka berada pada tangga kedua selepas berkongsi mata dengan Gombak FA dengan perbezaan jaringan. K. Sathish merupakan wira selepas menjaringkan dua gol, bagi Teleflow kemenangan selepas berjaya menundukan Anak Kalumpang 4-2 dalam perlawanan yang terhibur.

Berita Terkini

BERITA
admin

PELANCARAN JENAMA TANJONG SUBANG JAYA

Subang Jaya – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencatatkan sejarah baharu dengan pelancaran jenama perkhidmatan perhotelan, Tanjong Subang Jaya. Jenama ini merupakan sebahagian daripada jaringan jenama

Read More »