Kebangkitan 10 Pemain NPNG, Drama Minit Terakhir MP Sepang Dan MP Klang

ARTIKEL OLEH:

Hari perlawanan minggu ke-5 Liga Super FAS 2023 yang dramatik disoroti dengan kebangkitan NPNG walaupun kekurangan satu pemain manakala MP Klang mendapat kemenangan dalam minit terakhir perlawanan.

NPNG mengalami masalah dalam minit ke-21 apabila Naufal Naim Tony Rosdin terus dilayangkan kad merah kerana menafikan peluang emas Farhan Ab Hamid sebagai pemain pertahanan terakhir. NPNG berada dalam posisi lebih sukar selepas Ridhwan Johan meletak Boss di hadapan pada minit ke-41.

Namun, NPNG cuma mengambil empat minit untuk menyamakan kedudukan dimana Razzmir Ashraff menyambungkan rentakan gol dan pada minit ke-60, Lukhman Noor Hakim melengkapkan kebangkitan dan NPNG berjaya bertahan sehingga akhir perlawanan, mengekalkan posisi di puncak kumpulan B.

MP Sepang pula pasti rasa berhak untuk mendapat satu mata selepas seri 1-1 dengan Klang Southern. Southern membuka tirai pada minit ke-25 selepas Jeremy Chua mengambil kesempatan keliruan penjaga gol Sepang, Yusri Aiman yang terlepas bola daripada tangan. Walau bagaimanapun, Yus Hafiq Iqmal dari Southern dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-56 selepas bertengkar dengan pemain MP Sepang. Walaupun banyak berserang, MP Sepang perlu menunggu sehingga minit ke-70+2 untuk menyamakan kedudukan di mana Akmal Hakim menyempurnakan sepakan penalti dan berkongsi satu mata dengan Southern.

Bagi perlawanan Kumpulan A di antara MP Klang dan Teleflow, mereka hanya perlukan satu jaringan bagi membawa pulang tiga mana. Perlawanan menjadi dramatik selepas kedua pasukan saling serang menyerang namun nasib lebih ke arah MP Klang selepas Effendi Akip berjaya menanduk masuk bola dari sepakan percuma pada minit 70+3 untuk memotong jurang ke satu mata belakang Gombak FA yang berada di puncak kumpulan A.

MBPJ pula memperoleh kemenangan 2-0 atas Anak Kalumpang. Namun perlawanan tersebut menjadi tegang semasa bab kedua perlawanan apabila pengadil mengubah keputusan dan memberikan sepakan penalti kepada MBPJ selepas berbincang dengan pengadil keempat. Kejadian ini berlaku selepas penjaga gol Anak Kalumpang, Zahal Azis berlanggar dengan penyerang MBPJ, Rahimi Rahim. Afiq Azam berjaya menjaringkan sepakan penalti tersebut dan kemudian Ashraf Abdul Nasir menyumbangkan gol kedua pada minit ke-66 selepas rembatan kuat ke arah gol yang memastikan MBPJ membawa pulang tiga mata.

Bagi aksi Kumpulan A lain, MPKj dan Gombak FA diikat 1-1 manakala hat-trik Nur Faiz Laidin memberi kemenangan besar Sun Riders ke atas SIA dengan keputusan 5-0. Manakala di Kumpulan B pula, Smart-Focus menang tipis ke atas Mozyda 1-0 selepas jaringan dari Asyraf Hakim pada minit ke-55

Berita Terkini