Ulasan Pertengahan Musim Liga Super FAS 2022

ARTIKEL OLEH:

Liga Super FAS telah sampai ke pertengahan musim di mana MP Klang dan NPNG mendahului carta liga bagi kumpulan masing-masing manakala saingan untuk mengelak menjadi pasukan kedudukan tercorot juga agak sengit bagi kedua-dua kumpulan.

Bagi Kumpulan A, MP Klang masih memegang rekod 100% kemenangan setelah memenangi kesemua empat perlawanan setakat ini dan sekaligus menduduki tempat pertama. Tambahan pula, mereka kukuh di barisan pertahanan kerana tidak pernah bolos setakat ini. Satu pencapaian yang mengagumkan!

Walaupun mereka berada di posisi yang baik untuk layak ke pusingan seterusnya,MP Klang masih belum bertemu Mozyda dan Teleflow, dua pasukan yang berada di tempat kedua dan ketiga. Teleflow masih belum berada di kedudukan yang selesa untuk layak meskipun berada di hadapan MPKJ dan Gombak FA-MPAJ dengan 7 mata menerusi 4 perlawanan. Manakala kedua-dua pasukan MPKJ dan Gombak FA-MPAJ masih berpeluang untuk merebut tempat empat slot teratas denga 4 mata dalam 3 perlawanan.

Di bahagian bawah carta liga, Smart Focus, Klang Southern, PIB FC dan PNSB berada dalam keadaan bahaya selepas keputusan yang kurang memuaskan selepas 4 perlawanan. PNSB (dengan satu mata sahaja) pastinya kecewa apabila dua-dua kekalahan yang dialami mereka berakhir dengan keputusan 1-0. Ironinya, rekod gol dijaringkan dan diboloskan Smart Focus adalah sama dengan PNSB, tetapi Smart Focus sekurang-kurangya dapat meraikan satu kemenangan pada minggu ketiga atas PIB.

PIB yang hanya berjaya mengutip satu mata, juga mempunyai rekod bolos yang tertinggi dengan lapan gol. PIB pastinya perlu mencari penyelesaian untuk menambah baik prestasi mereka secepat mungkin. Klang Southern juga masih belum meraikan kemenangan kerana hanya berjaya mengutip dua mata.

Di kumpulan B, NPNG mendahului kumpulan dengan rekod 10 mata dan tiga kemenangan dan satu seri. Walau bagaimanapun, perlawanan seterusnya akan menjadi ujian besar pada setakat ini, pertemuaan dengan PBD Kuala Langat yang berada di tempat kedua. Kuala Langat memegang rekod cemerlang dengan menjaringkan 20 gol dalam empat perlawanan sahaja, setelah membenamkan KB SIA 5-0 dan Kingstown Klang 11-0 pada minggu kedua dan ketiga masing-masing, tetapi diikat dua kali dengan keputusan 2-2 yang menentang MBSA dan BOSS FC.


MBSA dan Belia Selangor berada di tempat ketiga dan keempat masing-masing dengan 7 mata tetapi MBPJ tidak jauh dibelakang kedua-dua pasukan tersebut dengan 5 mata dan Anak Kalumpang yang telah mengutip tiga mata, tetapi tidak jauh daripada zon singkiran.

Jurang perbezaan antara tiga pasukan terbawah, BOSS FC, KB SIA dan Kingstown Klang tidak dapat dipisahkan apabila semua pasukan tersebut hanya berjaya mengutip 1 mata sahaja. Kingstown Klang berada dalam kedudukan terbawah kerana kekalahan 0-11 dengan Kuala Langat meletakkan perbezaan gol mereka menjadi  (-18).

Aksi perlawanan Liga Super FAS akan kembali pada minggu ini di Radia Arena Bukit Jelutong, kecuali untuk pasukan PIB dan Belia Selangor yang akan berehat pada minggu ini. 

Berita Terkini

BERITA
admin

PELANCARAN JENAMA TANJONG SUBANG JAYA

Subang Jaya – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencatatkan sejarah baharu dengan pelancaran jenama perkhidmatan perhotelan, Tanjong Subang Jaya. Jenama ini merupakan sebahagian daripada jaringan jenama

Read More »