Liga Super FAS 2022 MD 4 Round-Up

ARTIKEL OLEH:

MP Klang dan Anak Kalumpang menang bergaya selepas menewaskan MPKJ dan Kingstown Klang dengan kedua-dua perlawanan berakhir dengan keputusan 5-0. Situasi berbeza dialami Klang Southern/Teleflow dan Boss FC/PBD Kuala Langat yang terpaksa akur dengan keputusan seri 2-2. 

Di Kumpulan A, MPKJ dan MP Klang terikat pada separuh masa pertama tanpa gol. Perlawanan berubah setelah Ismail Mamat membuka tirai jaringan pada minit ke-40. Seterusnya, pintu gol MPKJ terus diasak di mana Haziq Haikal dan Hariz Saim meletakkan MP Klang 3-0 secara berturut-turut pada minit ke-47. Zulhilmi Zaki dan Shah Razmi menyertai senarai penjaring dengan gol pada hujung perlawanan untuk keputusan yang lebih manis.


Aliran perlawanan di antara Kingstown Klang dan Anak Kalumpang di Kumpulan B juga ternyata serupa apabila Anak Kalumpang terpaksa menunggu sehingga awal separuh masa kedua untuk mendapat gol pertama. Pesta gol bermula pada minit ke-38 oleh Alif Haikal dan tak lama kemudian, Alif Sulaiman muncul sebagai pemain tumpuan dengan jaringan ‘hat-trick’ dalam empat minit mulai dari minit ke-47. Afnizal Alfalah menamatkan hari Anak Kalumpang yang menggembirakan dengan gol kelima dalam masa tambahan.

Manakala di Kumpulan B, kontroversi meletus pada hujung perlawanan di mana Boss FC dan PBD Kuala Langat yang terpaksa berkongsi satu mata. Akhir Bahari membuka tiraian pada minit ke-40, tetapi Darwin Raju menyamakan perlawanan enam minit kemudian. Sufi Amar menyangkakan beliau berjaya  mendapatkan gol kemenangan untuk BOSS sebelum masa tambahan. Walaubagaimanapun, Kuala Langat berjaya mendapatkan penalti dalam masa tambahan dan Ahmad Shakir berjaya memperdayakan penjaga gol BOSS untuk gol penyamaan. BOSS tidak berputus asa dan terus mengasak kubu pertahanan PBD Kuala Langat. Harapan BOSS melangit apabila pemainnya kelihatan dijatuhkan dalam kotak penalti tetapi diabaikan oleh pengadil perlawanan. 

Klang Southern dan Teleflow dalam kumpulan A juga diikat dengan keputusan 2-2 di mana Southern berhasrat tinggi untuk bangkit dari kekalahan dalam dua perlawanan sebelum. Situasi sama juga dialami Teleflow yang tewas kepada pasukan Mozyda dalam perlawanan sebelum. MVP Selangor Champions League 2021 Razzmir Ashraff mula  menunjukkan penguasaan perlawanan setelah berjaya mendapatkan gol pertama untuk Teleflow. Walaubagaimanapun, situasi terus berubah apabila Gurmeshjit Singh dapat gol penyamaan sebelum tamat separuh masa pertama untuk pasukan Southern. 

Teleflow berjaya mendapatkan kelebihan jaringan semula melalui gol sendiri dari Aqil Mustapha Kamal. Perlawanan terus memihak kepada Teleflow apabila mereka berjaya mendapatkan sepakan penalti. Sayang sekali,i sepakan penalti Ahmad Nizam tidak disempurnakan malah Southern terus menghukum Teleflow beberapa minit kemudian apabila adik kembar Gurmeshjit, Rameshjit Singh, berjaya mendapatkan gol penyamaan kedua,

Dalam keputusan lain di kumpulan A, KB Mozyda mencetak kemenangan keatas Smart Focus lima minit sebelum tamat perlawanan melalui Mohd Hazim manakala Gombak FA-MPAJ memberikan lebih kesengsaraan kepada PIB FC dengan dua jaringan gol Irfan Kamaruzuan. Manakala di kumpulan B pula, MBPJ dan KB NPNG diikat 1-1 dan MBSA diberikan kemenangan walkover 3-0 atas Belia Selangor kerana kegagalan untuk hadir perlawanan. 

PNSB (Kumpulan A) dan KB SIA (Kumpulan B) tidak beraksi kerana minggu ini adalah minggu rehat mereka.

Berita Terkini

BERITA
admin

PELANCARAN JENAMA TANJONG SUBANG JAYA

Subang Jaya – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencatatkan sejarah baharu dengan pelancaran jenama perkhidmatan perhotelan, Tanjong Subang Jaya. Jenama ini merupakan sebahagian daripada jaringan jenama

Read More »