‘Top 4’ Kumpulan A Ditentukan, NSWFC & The Footsouls 10/10 Prestasi

ARTIKEL OLEH:

Empat pasukan yang layak ke pusingan suku akhir di Kumpulan A sudah ditentukan selepas keputusan malam Isnin manakala Negeri Sembilan Women’s FC (NSWFC) dan The Footsouls menjaringkan 10 gol dalam perlawanan masing-masing.

The Footsouls menempahkan tiket ke suku akhir FAS WSL 2021 selepas membenamkan Radia Ladies 10-0. Radia Ladies perlu menang untuk berpeluang layak ke pusingan seterusnya. Tetapi gol dari Nurul Nadia Roslan (x5), Hannani Adriana (x3) dan Farah Nur Alia (x2) mengakhiri mimpi suku akhir bagi Radia Ladies. Oleh sebab keputusan ini, Radia Ladies tidak boleh memotong pasukan lain di Kumpulan A dan sudah pastinya akan selesai kempen di tempat terakhir.

Sebelum itu, FC SWAT sudah pasti akan berakhir di tempat pertama Kumpulan A selepas mengalahkan First 11 FC 2-1. FC SWAT perlu menunggu sampai separuh masa kedua untuk membuka tirai gol dari Siti Nabila Jamin, lagi sekali dibawa masuk dari bangku simpanan, menjaringkan gol pada minit ke-41 sebelum Wan Nadhirah Wan Zainol, seorang lagi pemain dari bangku simpanan, menggandakan gol dengan rembatan yang cantik. Nur Mecca Rania meningkatkan harapan First 11 FC dengan gol lima minit sebelum masa tambahan, tetapi ia dibuktikan sebagai gol saguhati.

Dalam Kumpulan B, NSWFC juga meraikan pesta gol dengan keputusan kemenangan 10-0 lawan Rhym Rovers. Pemain kebangsaan Malini Nordin dan Henrietta Justine dapat satu hat-trick masing-masing untuk menyambungkan kehangatan prestasi mereka manakala dua goal dari satu lagi pemain kebangsaan Nur Farishah Erinna Hisham dan satu gol masing-masing dari Felicity Loudea Thomas dan Natasya Najib kelengkapan senarai penjaring gol NSWFC. Walaupun kalah, Rhym Rovers masih ada peluang untuk layak ke suku akhir jika mereka dapat kalahkan SA United pada minggu depan.

Dalam perlawanan Leopard FC dan SA United pula, dua-dua pasukan tersebut terpaksa akur dengan keputusan seri 2-2. Nurien Farisya Razali meletakkan SA United di hadapan pada minit ke-8, tetapi Nur Hafizatul Alya dari sepakan percuma menjaringkan gol penyamaan untuk Leopard FC seminit sebelum separuh masa. Farah Ayuni Yahya, dibawa masuk pada minit ke-49 perlu lapan minit untuk membuat impak dan letakkan SA United lagi sekali di hadapan. Tetapi seperti gol pertama beliau, Nur Hafizatul dapat gol kedua peribadi dari sepakan percuma pada minit ke- 65 untuk mengelakkan kekalahan dan menafikan SA United kemenangan pertama mereka.

UiTM FC dan MBSJ FC tidak beraksi pada minggu ini dan akan kembali beraksi minggu depan manakala FC SWAT dan Leopard FC telah bermain semua perlawanan kumpulan mereka dan akan berehat pada perlawanan minggu terakhir.

Berita Terkini

BERITA
admin

PELANCARAN JENAMA TANJONG SUBANG JAYA

Subang Jaya – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencatatkan sejarah baharu dengan pelancaran jenama perkhidmatan perhotelan, Tanjong Subang Jaya. Jenama ini merupakan sebahagian daripada jaringan jenama

Read More »