SEMANGAT MBSJ FC, FC SWAT TIDAK DAPAT DIBERHENTIKAN

ARTIKEL OLEH:

MBSJ FC dan FC SWAT meraikan kemenangan bergaya apabila mereka menewaskan Rhym Rovers dan Radia Ladies masing-masing, manakala The Footsouls dan UiTM FC terpaksa akur dengan keputusan seri dan Negeri Sembilan Women’s FC (NSWFC) berjaya mengutip tiga mata penuh berturut-turut pada minggu ketiga FAS Women’s Super League (WSL)

 

MBSJ FC menyambungkan coretan pesta gol di WSL dari minggu lepas selepas mereka melakarkan kemenangan terbesar di WSL setakat ini dengan menewaskan Rhym Rovers 15-0. 11 pemain berbeza menjaringkan gol untuk MBSJ di mana Farahiyah Ridzuan cuma mengambil tiga minit dari minit ke-8 untuk menjaringkan hat-trick, manakala Steffi Sarge Kaur dan Fatin Shahida menjaringkan dua goal masing-masing. Naziratul Amira, Lee Xin Yi Andrea, Nur Afrina Azhar, Farah Aina, Norhanisa Yahya, Nur Aina Suliana, Abiinayaa Joti dan jaringan sendiri oleh pemain Rhym Rovers, Sarah Alissa melengkapkan senarai penjaring gol MBSJ.

 

Di Kumpulan A, Siti Nabila Jamin memberikan impak yang sepenuhnya apabila beliau menjaringkan dua gol dan tiga bantuan gol pada separuh masa kedua untuk membantu FC SWAT memenangi perlawanan dengan jaringan 7-0 melawan Radia Ladies. Walau bagaimanapun, FC SWAT perlu menunggu sampai hampir akhir separuh masa pertama untuk memecahkan kebuntuan menerusi jaringan gol Nurul Arliana Nabila dan Nurlidiya Natasha.

 

Termasuk dua gol Siti Nabila, gol dari Shahida Hassan, Nurhaqirah Suhaimi dan jaringan sendiri penjaga gol Radia Ladies, Nour Rashidah dalam separuh masa kedua melengkapkan kemenangan besar untuk FC SWAT. Walaupun membolosi tujuh gol, Nour Rashidah dapat melakukan 13 halangan untuk mengelakkan keputusan dari menjadi lebih buruk untuk Radia Ladies.

 

Selain itu, NSWFC membuktikan sebagai ujian yang sukar untuk Leopard FC di mana NSWFC meraikan kemenangan 3-0. Kapten pasukan NSWFC Malini Nordin tebabit dalam kesemua tiga gol NSWFC dengan menjaringkan dua gol dan membantu gol Nabila Shahirah Nafi dengan persembahan yang layak dinamakan Star of The Match.

Walaupun mengawal rentak perlawanan, UiTM FC terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan dengan The Footsouls.

The Footsouls membuka jaringan gol melalui Nurul Nadia Roslan akibat lantunan semula bola dari halangan penjaga UiTM, Nur Aisyah Farhana dari percubaan Siti Hajar Abdul Jalil. UiTM perlu menunggu sehingga minit ke-50 apabila Nur Shazreen Munazli menyamakan perlawanan di mana penjaga gol Rasyidah Mohd Aminullah telah tersalah jangka trajektori percubaan Nur Shazreen.

 

Manakala First 11 FC (Kumpulan A) dan SA United (Kumpulan B) tidak beraksi pada minggu ini kerana ia merupakan minggu rehat bagi kedua-dua pasukan.

Berita Terkini

BERITA
admin

PELANCARAN JENAMA TANJONG SUBANG JAYA

Subang Jaya – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencatatkan sejarah baharu dengan pelancaran jenama perkhidmatan perhotelan, Tanjong Subang Jaya. Jenama ini merupakan sebahagian daripada jaringan jenama

Read More »