Pada malam perlawanan di mana taruhannya tinggi, SA United FC dapat selesai kerja untuk maju ke suku akhir manakala MBSJ FC dan Negeri Sembilan Women’s FC (NSWFC) terpaksa kongsi mata dan tempat kedudukan akhir Kumpulan A ditentukan.
SA United FC cuma perlu satu gol sahaja untuk menewaskan Rhym Rovers 1-0 dan menempah tiket ke pusingan seterusnya. Farah Ayuni menjaringkan gol tunggal pada minit ke-29 dan ia dibuktikan cukup untuk SA United FC meraikan kemenangan pertama manakala Rhym Rovers disingkir dari saingan FAS WSL 2021.
Dua pasukan teratas Kumpulan B, MBSJ FC dan NSWFC bermain sampai keputusan seri tanpa gol. Dua-dua pasukan mempunyai peluang yang saksama, tapi kombinasi prestasi hebat penjaga gol dan pembaziran peluang adalah faktor utama keputusan tersebut. Walaupun kedua-dua pasukan dapat jumlah mata yang sama, MBSJ FC berakhir di tempat teratas atas faktor perbezaan gol yang lebih tinggi.
Di Kumpulan A, The Footsouls meraikan kemenangan besar 7-0 ke atas First 11 FC. The Footsouls mendahului 5-0 pada separuh masa pertama berkat Intan Sarah, Nurul Nadia Roslan (x2), Zur’ain Kamarudin dan Siti Asnidah. Intan Sarah lagi sekali dan Farah Nur Alia tambah jumlah gol pada separuh masa kedua untuk menutup perlawanan.
Pada awal malam itu, UiTM FC melengkapkan tempat ketiga dengan pesta gol sendiri di mana mereka membenamkan Radia Ladies 9-0. Pemain gantian, Putri Arissa Balqis cuma mengambil separuh masa kedua untuk menjaringkan hatrik manakala dua gol dari Nur Fazira Sani dan Iv Alleyshia Jemin dan satu gol dari Nur Qiastina Tijani serta Norshahira Suhaimie melengkapkan senarai penjaring gol UiTM.
FC SWAT dan Leopard FC tidak beraksi minggu ini setelah selesaikan semua perlawanan kumpulan sebelum ini.