Talking Points SCL Semi Finals

ARTIKEL OLEH:

1. Misi ke Perlawanan Akhir SCL Kali Kedua Berjaya

Walaupun permainan yang dipamerkan bukan prestasi KRU Port Klang yang sebenar, mereka berjaya menyambung perjalanan ke perlawanan akhir selepas mengatasi MP Klang 2-1. Meskipun KRU cuba main dengan corak serangan yang biasa dipamerkan, namun MP Klang tetap tenang untuk mempertahankan kubu pertahanan mereka.


Formula biasa terpaksa dilupakan apabila tindakan Lukman yang kebiasaannya akan membuat percubaan daripada sepakan percuma di luar kotak tidak terjadi. Beliau hanya menggolekkan bola secara perlahan sebelum Akhir Bahari mengejutkan semua di Arena MBSJ dengan menjaringkan gol selepas melancarkan rembatan roket dari luar kotak. 

Kapten pasukan KRU Raimi Md Nor kemudiannya menggandakan kedudukan dengan jaringan sepakan penalti selepas Ridzuan Azly dijatuhkan. Walupun S. Agilan dapat mengurangkan jurang skor dengan jaringan satu gol sebelum masa tambahan untuk MP Klang, KRU berjaya bertahan sehingga masa penuh sekaligus menempah tiket ke perlawanan akhir. 

2. Kisah Klasik Penentuan Sepakan Penalti 

Bola sepak satu sukan yang kejam dari segi keputusan. Satu pasukan boleh mendominasi dan mengawal permainan sepanjang perlawanan, tapi peluang dibunuh dalam beberapa minit dan 10 sepakan penalty. Ini yang telah berlaku ke atas Kg Bharu Boys of Sultan Sulaiman selepas dikalahkan melalui sepakan penalti 3-2 oleh Cyberjaya Teleflow.

Kg. Bharu BOSS sememangya telah menunjukkan corak permainan yang seimbang antara serangan dan pertahanan yang padu, yang menyebabkan permainan Teleflow langsung tidak menjadi hampir sepanjang perlawanan walaupun mereka rajin mencuba mengasak pertahanan BOSS.


Akhirnya, pemain simpanan Saiful Aula mencipta keajaiban dengan menjaringkan sepakan percuma yang cantik sekaligus memaksa perlawanan ke sepakan penalti. Percubaan penentuan terakhir Mohd Heazry Ismail terkena palang, sekaligus menyebabkan Teleflow untuk layak ke perlawanan akhir.

3. Pertempuran Tengah

Kg Bharu BOSS terpaksa menguhab corak permainan bahagian tengah apabila Alif Izwan digantung selepas dilayankan kad kuning kedua pada perlawanan suku akhir menentang Gombak FA-MPAJ. Oleh itu, Syakimi Karim, secara biasa seorang pemain serangan, dikerahkan untuk bergerak lebih ke dalam untuk membantu Azrul Razman dan K. Darwin Raju, di mana mereka berjaya mengganggu rentak permainan Teleflow. Azrul yang tenang mengawal bahagian tengah menggunakan badannya untuk membuat hantaran dekat dan tepat kepada rakan sepasukan manakala Darwin bertanggungjawab untuk membuat hantaran jauh dari dalam ke bahagian sayap dan hadapan pasukan.


Walau bagaimanapun, Yazid Kamaruzuan yang boleh dinobatkan sebagai ‘mid-season transfer’ yang terbaik untuk Teleflow setelah beliau dapat menahan tekanan pemain tengah BOSS. Beliau kekal dengan cuba melancarkan serangan dengan hantaran dan larian ke  bahagian ‘third-half’ BOSS. Yazid membuktikan beliau merupakan ‘X-Faktor’ Cyberjaya Teleflow yang terkesan pada malam tersebut sekaligus dinobatkan sebagai Man of The Match.

4. Babak Kedua: KRU Port Klang vs Cyberjaya Teleflow

Kedua-dua pasukan di perlawanan akhir SCL 2021 pernah bertemu di peringkat kumpulan di mana KRU Port Klang mengatasi Cyberjaya Teleflow 3-2 dalam satu perlawanan berpestakan gol yang menakjubkan. Menurut statistik, pihak neutral pasti akan dihiburkan dengan satu lagi perlawanan yang menarik di antara dua-dua pasukan ini. 

Menuju ke perlawanan separuh akhir, KRU Port Klang dan Cyberjaya Teleflow bukan sahaja merupakan dua pasukan tertinggi dalam bilangan jumlah gol, mereka juga dua pasukan teratas dari segi jumlah ‘chances created’ di seluruh edisi ini (KRU 54, Teleflow 50). Jika perlawanan semasa peringkat kumpulan bakal berulang, kita pasti akan menikmati satu perlawanan akhir yang epik.

Berita Terkini