SSM Pahang Menumbangkan Selangor FC Untuk Kekal Rekod Kemenangan 100%

ARTIKEL OLEH:

SSM Pahang (SSMP) muncul menjadi pasukan tunggal dengan rekod kemenangan 100% dalam Liga Wanita Nasional (LWN) 2022 Zon Tengah selepas mengejutkan Selangor FC manakala Kuala Lumpur FA (KLFA) dapat mengikat seteru derbi Lembah Klang mereka dalam jumlah mata selepas kemenangan atas Sollo Setiawangsa.


Pemain kebangsaan bawah 18 tahun, Ain Nur Qaseh berjaya menambah jumlah gol peribadi di LWN dengan jumlah 12 gol selepas menjaringkan dua gol lagi sekaligus membantu SSMP mencetak kemenangan keatas Selangor FC 2-0 dalam perlawanan antara dua pasukan teratas. Ain berjaya menanduk bola untuk menghasilkan gol pertama perlawanan pada minit ke-34 sebelum menyempurnakan sepakan penalti dalam masa tambahan separuh masa pertama untuk memastikan kemenangan dan kelebihan momentum untuk SSMP. Selangor semestinya menyesal dengan pembaziran peluang sepanjang perlawanan yang sepatutnya membantu merampas kedudukan tempat pertama liga.

KLFA pula dapat kesempatan kekalahan Selangor untuk mengikat jumlah mata yang sama selepas mengalahkan Sollo Setiawangsa, yang berada di tempat terbawah, denga jaringan 4-0. KLFA hanya memerlukan satu minit untuk membuka senarai jaringan dengan gol dari Nasuha Nasha sebelum Putri Umi Sofea berjaya menggandakan skor pada minit ke-37. 

Pada separuh masa kedua, dua gol dalam lapan minit bermula dari minit ke-76 oleh Siti Maziah dan Chang Qian Yu memastikan keputusan kemenangan KLFA untuk menyamakan jumlah mata dengan Selangor FC, menuju ke perlawanan antara dua pasukan tersebut pada minggu perlawanan depan

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut meraikan kemenangan selepas mengatasi First 11 FC 5-0. Putri Nur Rahayu menjaringkan ‘hat-trick’ untuk tiga gol pertama ATM manakala Nor Saema dan Ajeerah Aqmal dapat menambahkan jumlah gol ATM tak lama kemudian selepas gol ketiga Putri.

Berita Terkini