Najmi Super Fruende Muncul Juara Liga UOW

ARTIKEL OLEH:

Hanya satu gol diperlukan untuk memisah kedua-dua pasukan selepas Najmi Super Fruende menagalahkan SA Bujangga 1-0 di Stadium MBSJ untuk menjadi juara UOW pada hari Ahad, 17 Ogos 2022.

Rentak perlawanan pada bab pertama agak tegang apabila kedua-dua pasukan tidak cukup menguji penjaga gol lawan masing-masing. Namun, Najmi berjaya mengawal penguasaan bola pada babak pertama manakala SA Bujangga sukar menembusi kotak penalti Najmi secara.

Walaupun cerita pengawalan bola masih sama pada separuh masa kedua, perlawanan berubah dengan beberapa peluang terhasil dan salah satunya di mana pemain tengah Najmi, Syed Muhd Aizat mendapat peluang keemasan pertama perlawanan pada minit ke-40, namun percubaan beliau terkena tiang.

SA Bujangga pula dapat menghasilkan peluang selepas corak permainan yang halus dimulakan oleh Muhd Afiq Azhad mencari larian Saiful Azman dalam kotak Najmi. Malangnya, Saiful tidak dapat mengawal bola dan menyebabkan beliau gagal menyempurnakan sepakan, membazirkan peluang yang baik untuk SA Bujangga mengawal perlawanan.

Sejak itu, Najmi mula menimbulkan lebih banyak masalah untuk SA Bujangga dengan ciptaan lebih banyak peluang. Sayang sekali, Muhd Nurasyraaf tidak berjaya mendapat sentuhan keatas bola di depan gol yang terbuka dan tandukan pemain simpanan Abdul Manaf Mamat tersasar walaupun beliau mempunyai banyak ruang.


Akhirnya, kesilapan awal tandukan Abdul Manaf berjaya ditebus. Pada minit ke-62, bekas pemain Terengganu dan kebangsaan berjaya menanduk hantaran sepakan percuma Ezmie Naim dan bola masuk ke dalam gol denga penjaga gol SA Bujangga, Ahmad Hakimi kaku di mana beliau mungkin menyalah sangka trajektori bola.

Najmi Super Freundeberaya menjadi juara Liga UOW dan mengakhiri kempen mereka tanpa kekalahan selama seluruh pertandingan. Walaupun kalah, SA Bujangga boleh mengambil sedikit kegembiraan di mana mereka juga akan turut menyertai playoff Selangor Champions League 2022 dengan Najmi.

Berita Terkini