SK (1) Petaling Jaya, SMK Bandar Rinching Menjadi Juara MiL Selangor

ARTIKEL OLEH:

SK (1) Petaling Jaya dan SMK Bandar Rinching muncul sebagai juara Malaysia Little League (MiL) negeri Selangor bagi kategori masing-masing, yang dikendalikan oleh Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), selepas aksi perlawanan akhir yang mendebarkan.

SK (1) Petaling Jaya dari daerah Petaling Utama layak ke peringkat kebangsaan selepas mengatasi SK Subang Bestari, wakil Petaling Perdana, 2-0 untuk menjadi juara U12.

Kedua-dua pasukan pernah betemu di peringkat kumpulan di mana SK Subang Bestari 2 menang 3-2. Namun, SK (1) Petaling Jaya memastikan keputusan tersebut tidak diulang selepas Akmal Norfan menjaringkan kedua-dua gol dalam 10 minit terakhir perlawanan untuk muncul juara kejohanan ini.

Bagi kategori U16 pula, wakil daerah Hulu Langat, SMK Bandar Rinching memerlukan sepakan penalti untuk mengalahkan SMK Seksyen 7, juga dari Petaling Perdana, 4-2 selepas seri 1-1.

Tuan Afiq Haikal meletakkan Bandar Rinching di hadapan sebelum akhir separuh masa pertama dan jaringan tersebut hampir menjadi gol yang memberikan kemenangan. Tetapi SMK Seksyen 7 berjaya menghasilkan gol penyamaan pada minit terakhir oleh Muhd Idham Miswan untuk memaksa perlawanan ditentukan dengan sepakan penalti.

Walau bagaimanapun, Bandar Rinching menjadi juara U19 selepas Muhd Danish Iman menjaringkan sepakan penalti kemenangan selepas Seksyen 7 gagal menjaringkan dua dari empat percubaan sepakan penalti walaupun Bandar Rinching pula tidak menyempurnakan satu penalti.

SK (1) Petaling Jaya dan SMK Bandar Rinching bakal mewakili negeri Selangor dalam MiL peringkat kebangsaan, bawah kendalian Kementerian Belia & Sukan, pada pertengahan bulan Oktober nanti, di mana dua-dua pasukan diundi ke kumpulan C dalam kategori umur masing-masing

Berita Terkini