Nossa FC, OSV FC, Real Ingress & Bandar Putera 2 Menempah Empat Tiket SCL Terakhir

ARTIKEL OLEH:

Nossa FC, OSV FC, Real Ingress dan Bandar Putera 2 menjadi empat pasukan terakhir untuk layak ke Selangor Champions League (SCL) 2022 selepas berjaya mendapat keputusan yang diperlukan.


Di Kumpulan B, Nossa FC juga dapat meraikan kelayakan ke SCL untuk kali pertama selepas mengatasi veteran SCL, Klasiko FC 1-0 untuk layak sebagai pasukan tempat ketiga yang terbaik. Nossa mendapat beberapa peluang, tetapi dikecewakan oleh ‘final pass’ yang kurang memuaskan manakala Klasiko tidak dapat memasuki kotak Nossa secara konsisten. Namun, Nossa mendapat peluang besar dengan memenangi sepakan penalti pada minit ke-63.

Aqil Danish mengambil penalti tersebut dan terlepas sasaran. Namun, beliau mendapat peluang kedua selepas kaki penjaga gol didapati tidak berada atas barisan gol oleh pengadil. Aqil kali ini memastikan sepakan kedua disempurnakan yang turut menjadi gol kemenangan. Situasi, beliau dilayankan kad kuning kedua selepas menanggalkan baju semasa meraikan gol.

Dalam Kumpulan D pula, Real Ingress terpaksa bangkit dua kali untuk mendapat satu mata yang sangat diperlukan untuk mengikat USTT FC 2-2. Dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, USTT membuka tiraian dengan rembatan ‘top corner’ oleh Ahmad Asyraff pada minit ke-27 sebelum Efendi Adnan mendapat gol penyamaan melalui sepakan penalti tidak lama bab kedua dimulakan untuk Ingress. 

Kontroversi dicetus apabila tandukan Ibrahim Aziz diberikan sebagai gol oleh pembantu pengadil memberikan momentum kembali ke USTT. Ingress tidak menyerah kalah dan akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan kedua oleh pemain simpanan Ahmad Izzul Danish pada minit ke-64 untuk kembali ke pentas SCL sejak 2017. 

OSV FC menjadi pasukan tempat ketiga terbaik yang terakhir dalam kumpulan A selepas mengatasi FC SWAT 3-1. Gol dari Muhd Steven Tye dan Farhan Ab Hamid meletakkan OSV di landasan kemenangan, namun FC SWAT membuat OSV gementar melalui gol Asyraf Rabuan. Walaubagaimanapun, Azizie Hamid pada minit ke-69 memastikan tiga mata diberikan ke OSV dan juga tiket SCL pada kali pertama pasukan.

Dalam Kumpulan C, Bandar Putera 2 berjaya mengikat Kelana United 0-0 untuk layak ke SCL dan sekaligus menafikan Tebuan FC yang mengalahkan Gelako FC 5-0, namun Tebuan perlu Bandar Putera 2 kalah untuk layak dan situasi tersebut tidak berlaku.

Keputusan perlawanan yang lain pula melihat Sijangkang CIty menewaskan Bintang Gombak 13-0 dalam kumpulan A, KRU dan SA Bujangga berseri 2-2 dalam perlawanan yang menghiburkan di kumpulan B dan KKB Brotherhood juga berjaya menang besar yang diharuskan atas BK Brothers 10-0 di kumpulan D. Plot ‘twist’ yang hampir berlaku adalah sekiranya USTT hanya menang 1-2, KKB Brotherhood yang akan layak ke SCL 2022. 

Berita Terkini

BERITA
admin

PELANCARAN JENAMA TANJONG SUBANG JAYA

Subang Jaya – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencatatkan sejarah baharu dengan pelancaran jenama perkhidmatan perhotelan, Tanjong Subang Jaya. Jenama ini merupakan sebahagian daripada jaringan jenama

Read More »