16 Pasukan Bakal Mewarnai Kempen Selangor Champions League 2022 Anjuran Persatuan Bolasepak Selangor (FAS)

ARTIKEL OLEH:

Shah Alam, 3 Oktober 2022 – 16 pasukan sudah mengetahui nasib mereka setelah dipisahkan ke dua kumpulan selepas pengundian Selangor Champions League (SCL) 2022 pada hari Ahad lepas di Sunway Resort & Spa.

Selangor Champions League yang memasuki edisi keenam merupakan platform yang mengumpulkan pasukan-pasukan amatur terbaik daripada komuniti bola sepak akar umbi negeri Selangor. Kejohanan yang diilihamkan oleh DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) ini akan disertai lebih 500 orang pemain dan akan berlangsung daripada 8 Oktober hingga 10 Disember 2022. Lapan pasukan dalam setiap kumpulan akan bermain tujuh perlawanan di mana empat pasukan teratas akan layak ke suku akhir.

Daripada 16 pasukan, sepuluh pasukan akan bertanding dalam SCL untuk kali pertama dalam kelab sejarah mereka manakala dari enam pasukan yang kembali, hanya NPNG Damansara Perdana dan Belia Selangor tidak bersaing pada edisi lepas. Empat pasukan yang lain, Naib Juara SCL 2021 KRU Port Klang, MPKJ, Kelana United dan Kajang Bujangga melengkapkan barisain pasukan untuk SCL tahun ini.

Berikut adalah keputusan undian SCL 2022:

Kumpulan A

NPNG Damansara Perdana

MBPJ

Sijangkang City

KRU Port Klang FC

Kajang Bujangga

Gamestop Alam Megah

OSV Ampang

Belia Selangor

Kumpulan B

MPKJ
Rawang Mozyda

Najmi SFFC Kota Damansara

Kelana United

Ingress KL

Bandar Putera 2

Nossa Bukit Jelutong

MP Sepang


Sebelum undian tersebut, beberapa anugerah bagi SCL 2021 Fans’ Choice telah diberikan, iaitu Coach Of The Season, Young Player Of The Season dan Goal of The Season yang diundi oleh penyokong. Fairuz Montana dari Kelana United memenangi ‘Coach Of The Season, manakala Iman Rais dari Perlima United dianugerahkan sebagai ‘Young Player Of The Season’ dan akhir sekali, pemain SA Klasiko FC, Denial Haziq mengambil anugerah ‘Goal Of The Season’. Mohd Afiq B Nazir, yang juga merupakan pengadil ketika SCL 2021 telah dianugerahkan FAS Referee Committee Award yang dipilih oleh Jawatankuasa Pengadil FAS atas komitmen dan prestasi baik sepanjang kempen SCL 2021.


SCL 2022 akan bermula pada hari Sabtu ini 8 Oktober, 2022 di Arena MBSJ dan akan berakhir pada 10 Disember, 2022.

Berita Terkini