SCL Playoff MD 2: KKB Membangkit, Hari Perlawanan Akhir Bahari & Pasukan Kumpulan D Dikecewakan

ARTIKEL OLEH:

Perlawanan Playoff Selangor Champions League (SCL) 2023 pada minggu kedua dipenuhi dengan jaringan gol, kebangkitan dan penuh berperistiwa. Jadi, apa yang telah berlaku pada minggu pelawanan kedua? 

Kumpulan A

Najmi SFFC mengambil satu langkah lagi untuk layak ke saingan SCL 2023 setelah menang 5-1 ke atas Spirito. Ibrahim Suhaib hanya mengambil enam minit untuk menjaringkan gol pertama pasukan. Ahmad Azlan Zainal pula berjaya menjaringkan sepakan penalti selepas penjaga gol Spirito, Azizi Rosli dilayangkan kad merah setelah menjatuhkan Ibrahim dalam kotak penalti pada minit 14.

Ibrahim sekali lagi menyempurnakan jaringan kedua peribadinya empat minit kemudian. Walaubagaimanapun, Hariez Yazid memberikan sedikit harapan untuk Spirito kembali bangkit. Namun, jaringan Ermy Syazwan dan sepakan percuma Rahmat Zainol lebih memaniskan kemenangan Najmi SFFC.

Ingress pula berjaya mengalahkan Arslan FC 3-1 untuk memulakan momentum mereka. Tandukan Irfan Kamaruzaman membuka tirai untuk Ingress pada minit enam sebelum Abdul Rahman Ismail menjaringkan gol penyamaan pada minit 19. Perlawanan yang sengit di antara kedua pasukan dikejutkan dengan jaringan minit ke 65 oleh pemain sayang Ingress, Ikhsan Miskob dari sayap kanan sehingga semua pihak termasuk Ingress memerlukan beberapa saat untuk memproses apa berlaku. Malam perlawanan menjadi lebih baik untuk Ingress setelah Irfan Kamaruzaman menjaringkan gol kedua peribadi beliau pada masa tambahan memastikan Ingress membawa pulang tiga mata berharga.

Kumpulan B

Walaupun dengan hanya 10 pemain, Tebuan FC masih meraikan kemenangan setelah menewaskan Jibril FC dengan jaringan 2-1. Amir Firdaus meneruskan momentum beliau dengan meletakkan Tebuan FC di hadapan pada minit 27. Penjaga gol Tebuan FC, Izzat Zikri dilayangkan kad merah setelah melanggar pemain Jibril FC yang hendak mengambil kesempatan ke atas kesilapan pertahanan. Sepakan penalti pasukan Jibril FC disempurnakan oleh Irfan Bakhtiar pada minit 47. 

Tebuan FC membalas dengan segera selepas Ibrahim Muhamat berjaya mengambil kesempatan ke atas kelekaan barisan pertahanan Jibril FC untuk menjaringkan gol kedua Tebuan FC dan berjaya mendapatkan tiga mata untuk pasukan beliau.

Sijangkang City bangkit balik dari kekalahan setelah membenam Sharpees FC 6-0. Hari perlawanan menjadi milik Akhir Bahari selepas beliau berjaya menjaringkan empat gol di mana tiga jaringan beliau dihasilkan pada 15 minit terakhir perlawanan manakala Rahizi Rasib dan Abdul Manaf Mamat juga mencatatkan nama mereka dalam carta penjaring pada awal perlawanan.

Kumpulan C

Misi balas dendam Perlima United yang tewas kepada KKB Brotherhood pada perlawanan akhir Liga Bahagian 2 ternyata tidak membuahkan hasil apabila KKB Brotherhood berjaya mengikat Perlima 3-3 setelah ketinggalan dari 3-1. Ku Muhd Nazran cuma mengambil satu minit sahaja untuk meletakkan Perlima United di hadapan sebelum menggandakan jaringan melalui sepakan penalti pada minit 19.

Hadif Putra berjaya memotong jurang pada minit 27, tetapi tandukan Faiz Saffuan sekali lagi memperkuatkan kedudukan pada minit 47. Syafiq Aqma, melalui sepakan percuma pada minit 51 sekali lagi mengurangkan defisit gol buat KKB Brotherhood dan pada aksi perlawanan terakhir, Zaim Hanudin menjaringkan sepakan percuma untuk mendapat satu mata yang paling berharga dan sekaligus menangguhkan kelayakan Perlima United ke pentas SCL 2023.

AS Gaison pula mendapat kemenangan penting untuk harapan melayakkan diri ke saingan SCL 2023 selepas menewaskan Northern Merbau 3-2. Lukman Hakim Zulkepli menjaringkan gol pertama perlawanan untuk Northern Merbau selepas lapan minit perlawanan, tetapi Azizul Ikhwan menyamakan kedudukan dari sepakan penalti pada minit 18. Namun begitu, Northern Merbau bangkit melalui jaringan Azmil Azran, tetapi Borhan Abdul Rahaman berjaya menyamakan kedudukan dari sepakan ‘volley’ luar kotak pada minit 23.

Pada minit 62, AS Gaison melancarkan serangan balas dan Haiqal Ashraf menyelesaikan gerakan dengan sempurna, menjaringkan gol ketiga yang juga gol kemenangan.

Kumpulan D

Walaupun semua pasukan bekerja keras dan kuat untuk memecahkan kebuntuan, dua-dua perlawanan, AAK menentang KRU dan Lestari Jr menentang Bujangga, berakhir dengan keputusan perlawanan tanpa jaringan, 0-0. 

Berita Terkini

BERITA
admin

PELANCARAN JENAMA TANJONG SUBANG JAYA

Subang Jaya – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencatatkan sejarah baharu dengan pelancaran jenama perkhidmatan perhotelan, Tanjong Subang Jaya. Jenama ini merupakan sebahagian daripada jaringan jenama

Read More »