SCL 2022 Preview: Pasukan-pasukan SCL Playoff (Bahagian 2)

ARTIKEL OLEH:

Pada bahgian sebelum ini, kami telah memberi liputan sepuluh pasukan yang bakal mencabar untuk menjadi juara Selangor Champions League (SCL) 2022. 

Pada bahagian terakhir untuk previeu ini, kami akan membuat liputan lima pasukan terakhir yang  juga layak melalui playoff dimana kebanyakan pasukan tersebut masuk ke SCL pada kali pertama.


Gamestop Alam Megah

Misi Gamestop Alam Megah untuk layak ke SCL pada edisi 2021 terpaksa berakhir awal selepas mereka tidak memenuhi syarat untuk layak. Sesudah memenuhi syarat untuk edisi ini, Gamestop memastikan peluang untuk layak tidak terlepas pada kali ini selepas seri lawan OSV Ampang adalah cukup untuk mara ke pertandingan utama.


Asnan Awal Hisham akan kembali dan beliau pasti akan menyambung impak yang diberikan pada edisi 2019 selepas beliau menjaringkan lima gol pada masa itu. Pemain muda terbaik pilihan peminat SCL 2021, Iman Rais dan pemain pertahanan Aniq Kamal adalah contoh pemain yang bakal diturunkan untuk Gamestop dan dua pemain tersebut adalah sebahagian daripada  pasukan yang penuh dengan pemain yang berbakat.

Players To Watch: Asnan Awal Hisham, Iman Rais, Aniq Kamal

Bandar Putera 2

Bandar Putera 2 dari Klang layak ke playoff selepas menjadi juara Selangor Sosial League. Walaupun tewas kepada Tebuan, mereka berjaya menempah tiket ke SCL 2022 buat kali pertama selepas seri tanpa gol dengan juara kumpulan C, Kelana United untuk menjadi naib juara kumpulan.

Muhd Muzzhafar akan mengetuai barisan serangan Bandar Putera 2 di mana beliau mendapat gol kemenangan yang penting pada hujung perlawanan lawan Rose FC. Bandar Putera 2 juga mendapat khidmat pemain pertahanan Nasrullah Mohd Noor dan pemain penyerang Haikal Raffie, dua-dua pemain yang pernah bermain dalam pentas ini

Players To Watch: Muhd Muzzafhar, Nasrullah Mohd Noor, Haikal Raffie

Ingress KL 

Ingress KL, naib juara Klang Valley League Shah Alam, kembali ke SCL selepas seri 2-2 dengan USTT di mana gol Ahmad Izzul Danish dalam 10 minit merupakan gol yang terpenting dalam misi kelayakan ke SCL, kali pertama sejak 2017 selepas tersingkir di SCL Playoff 2021.

Dengan Ingress, pemain sayap Haedar Abdul Halim juga akan kembali ke pentas SCL sejak 2018 di mana beliau bermain untuk Axis O2-PJ. Bekas pemain skuad Piala Belia JDT, Megat Syafique juga akan kembali sebagai ‘holding midfield’ selepas menampil untuk Klasiko pada edisi lepas dan Efendi Adnan merupakan ‘X-Factor’ yang boleh mengejutkan pihak perlawanan.

Players To Watch: Megat Syafique, Haedar Abdul Halim, Efendi Adnan


OSV Ampang

Perjalanan OSV Ampang juga sama dengan Gamestop di mana mereka tidak memenuhi kriteria yang diperlukan untuk bertanding dalam SCL 2021. Diberikan peluang kedua, OSV memastikan mereka dapat tiket SCL 2022 selepas menewaskan FC SWAT 3-1 untuk menjadi pasukan tempat ketiga yang terbaik.

OSV mempunyai beberapa pemain yang bertanding pada edisi lepas seperti pemain tengah Darwin Raju, penjaga gol Amir Azmi dan penyerang Hamizan Hamzah. Semua pemain tersebut bermain untuk Kg Bharu Boss FC pada awal tahun ini dan mereka pasti akan bermain peranan penting untuk membawa OSV jauh

Players To Watch: Darwin Raju, Amir Azmi, Hamizan Hamzah

Nossa Bukit Jelutong

Nossa Bukit Jelutong layak ke SCL Playoff sebagai naib juara The District Social League Eco Ardence, di belakang Ingress KL (Walaupun pasukan tersebut layak melalui liga yang lain). Dalam kumpulan yang mencabar, Nossa berjaya layak ke SCL untuk kali pertama selepas mengalahkan veteran SCL, Klasiko FC 1-0 pada hari perlawanan yang terakhir sebagai satu daripada dua pasukan tempat ketiga terbaik.

Nossa berjaya melalui playoff tanpa bolos dan mereka boleh bersyukur kepada penjaga gol Asrul dan Iman Fariz serta barisan pemain tengah yang diketuai oleh Aqil Danish, bekas pemain skuad Presiden Terengganu FC. Pemain muda Ahmad Hafiy juga patut diperhatikan manakala Imran Samsudin merupakan “enjin” pada kawasan tengah Nossa.

Players To Watch: Imran Samsudin, Aqil Danish, Ahmad Hafiy.

Rata-rata pemain muda di Selangor Champions League edisi 2022 mempunyai reputasi dan pengalaman yang luas kerana ada yang datang daripada skuad pelapis kelab Liga Super dan Liga Perdana sebelum ini termasuk liga-liga akar umbi di sekitar Lembah Klang. Semestinya ini akan menjanjikan komposisi pasukan yang seimbang dengan pemain veteran dan muda untuk setiap pasukan menghasilkan persembahan yang menarik.

Berita Terkini