Reviu SCL 2022: ‘Talking Points’ Perlawanan Minggu 1

ARTIKEL OLEH:

  1. Impak Pemain Gantian Belia Mengejutkan NPNG

Atas kertas, kamu boleh dimaafkan sekiranya berfikir NPNG akan menang mudah setelah mendahului Belia 2-0 dari gol Asri Ismail dan Syakimi Karim. Tetapi Belia Selangor patut dipuji selepas bangkit kembali untuk mengikat juara Liga Super FAS 2-2. Belia Selangor membuat beberapa pemain penggantian, terutamanya dengan membawa masuk Fakhri Asri semasa ‘half-time’ yang memberi impak sepenuhya.

Fakhri berjaya menghasilkan dua gol untuk mengikat NPNG dan walaupun gol pertama beliau dikira bernasib baik kerana membias ‘clearance’ pemain NPNG, Belia Selangor wajar mendapat gol tersebut setelah mendominasi perlawanan dengan mempunyai lebih kawalan bola dan lebih banyak hantaran dari NPNG. Perlawanan ini merupakan platform yang baik untuk Belia membina momentum manakala NPNG pasti akan berfikir bagaimana mereka hilang kawalan dalam perlawanan ini.

  1. Serangan Kilat Najmi Berhasil

Najmi SFFC Kota Damansara menunjukkan prestasi yang dominan selepas membenam bandar Putera 2 4-0 di mana semua empat gol dijaringkan pada bab pertama dan tiga gol tersebut dijaringkan dalam 15 minit pertama perlawanan.


Fikri Abdul Rahim membuka tirai gol selepas menyambut dengan sempurna ‘diagonal long ball’ yang dihantar oleh Asraf Roslan untuk menewaskan Zalhasmie Haikal, penjaga gol Bandar Putera 2 pada minit ke-2. Selepas itu, barisan pertahanan Bandar Putera senang dihiris selepas dua ‘through pass’ mendapat cari larian Lukman Hakim Zulkepli yang menjaringkan dua goal pada minit ke-7 dan ke-14. Asraf pula berjaya mencatat nama pada senarai penjaring selepas rembatan roket pada minit ke-32.


Walaupun berada dalam situasi yang teruk, Bandar Putera 2 mempunyai beberapa peluang yang bagus untuk memotong perbezaan gol, tetapi kombinasi keupayaan penjaga gol Najmi, Mad Azri Md Arus dan finishing yang kurang memuaskan menafikan Bandar Putera 2 untuk mendapat gol. 

  1. Pemenang Akhirnya Ditentukan Antara KRU & Kajang Bujangga

Dua pertemuan antara dua pasukan ini berakhir dengan keputusan seri. Kali terakhir dua pasukan bertemua tidak sampai dua minggu selepas berseri 2-2 semasa Playoff SCL. Namun, pemenang dapat ditentukan pada kali ketiga selepas KRU Port Klang mengatasi Kajang Bujangga 3-0 pada perlawanan pembuka tiari SCL 2022.

Walaupun pemain terbaik KRU edisi lepas – Ridzuan Azly Hussham tidak diturunkan, Khairul Naim Mahyussin merupakan wira pengganti untuk KRU selepas berjaya menghasilkan dua goal dan menyebabkan jaringan sendiri Haziq Haikal Misri selepas merupakan pemain yang terdekat pemain pertahanan Bujangga selepas Razif Hafizi menghantar bola dari sayap kanan secara kuat.

  1. Teka Siapa Kembali?

Tiga tahun selepas dianugerahkan sebagai Pemain MVP SCL 2019, Terrence Marieselvam kembali ke pentas SCL, kali ini bermain dalam posisi yang baru mengetuai barisan serangan MPKJ sebagai penyerang walaupun posisi asal adalah sebagai pemain tengah.


Namun, perubahan posisi dihadiahkan dengan lumayan selepas Terrence menjaring dua-dua gol kemenangan MPKJ 2-0 keatas juara Liga Perdana FAS 2022 2-0. Walau bagaimanapun, Terrence sepatutnya melengkapkan ‘hat-trick’ pada minit terakhir, tetapi terlepas sasaran tandukannya walaupun pintu gol terbuka dari sepakan penjuru. Namun, dua gol adalah cukup untuk Terrence menghantar mesej kepada pasukan yang lain: “Saya kembali”

  1. Pemain Muda Menjadi MoTM Kelana United

Kalau melihat siapa dalam pasukan Kelana United, kamu pasti beberapa bekas pemain Liga Super dan kebangsaan seperti Amirulhadi Zainal dan Ahmad Faki Saarani yang akan memberikan masalah kepada Ingress KL. Tetapi Ilyia Fitri muncul menjadi pemain terbaik Kelana United selepas main peranan yang penting dalam kemenangan 2-0 atas Ingress KL.


Pada minit ke-34, pertahanan Ingress gagal menghentikan hantaran Shamsul Haziq dan Ilyia, yang mendapat bola, pusing ke muka gol, melancarkan rembatan dan berjaya mendapat gol untuk meletakkan Kelana di hadapan. Ilyia juga bermain peranan penting pada gol kedua selepas tekanan beliau atas pemain Ingress mendapatkan sepakan percuma dari sayap kanan. Sepakan Asraruddin Putra Omar dari terus masuk ke dalam jaringan untuk gol kedua Kelana setelah gagal diselamatkan.

Berita Terkini