Previu SCL 2022: Pasukan-pasukan SCL Playoff (Bahagian 1)

ARTIKEL OLEH:

Sebelum ini, kami membuat liputan tentang empat pasukan yang layak melalui Liga FAS sebagai empat pasukan teratas Liga Super iaitu NPNG, MPKJ, MBPJ dan Mozyda serta dengan juara Liga Perdana, MP Sepang.


Untuk bahagian kedua, kami akan membuat liputan mengenai pasukan yang mara daripada SCL 2022 Playoff di mana mereka mengakhiri kempen playoff sebagai juara kumpulan dan juga satu pasukan yang mengakhiri kempen sebagai naib juara.

Sijangkang City

Sijangkang City layak ke playoff selepas menjadi naib juara TwentyFive.7 League. Dan prestasi mereka mengagumkan semua selepas menang semua perlawanan dengan 16 gol tanpa bolos.


Asrul Basri, yang akan paling diingati kerana menjaringkan hat-trick dalam masa 10 minit untuk MPKJ  semasa lawan Puchong Fuerza, dijangka akan diturunkan sebagai pemain penyerang utama. Selain itu, Akhir Bahari, yang beraksi untuk KRU pada edisi 2021, akan menambah kekuatan di kawasan tengah Sijangkang dan Asil Syafiq dipercayai pasti menjaga gawang gol dengan baik.

Players To Watch: Asrul Basri, Akhir Bahari, Asil Syafiq

KRU FC

KRU menjadi pasukan pertama dalam sejarah SCL untuk masuk final dua kali. Tetapi, kejuaraan masih sukar dicapai selepas ditewaskan oleh Cyberjaya Teleflow 1-3. Walau bagaimanapun, KRU bangkit balik selepas layak ke playoff sebagai juara Selangor Social Premier League dan menjadi juara kumpulan B dalam playoff tersebut. Tetapi, adakah kali ketiga merupakan nombor ajaib untuk KRU? 

KRU hilang khidmat beberapa pemain yang bermain peranan penting dalam perjalanan ke final pada  edisi lepas. Namun, KRU dapat mengekalkan beberapa pemain utama seperti Ridzuan Azly Hussham dan Illyasyak Adi dan juga menambah kekuatan dengan membawa masuk penyerang Faiz Ismail dan pemain tengah Azmir Samsudin.

Players To Watch: Faiz Ismail, Ridzuan Azly Hussham, Illyasyak Adi

Kelana United

Kelana United menjadi juara Shah Alam League tanpa dikalahkan untuk layak ke playoff dan telah memberi persembahani yang dominan dengan muncul juara kumpulan D walaupun berbaki satu perlawanan.

Kelana United pada tahun lepas sudah cukup kuat, mengandungi beberapa bekas pemain kebangasaan dan Malaysia Super League seperti Razman Roslan dan Asraruddin Putra Omar. Kini, mereka bertambah kuat lagi dengan beberapa bekas pemain professional lagi dengan membawa masuk seperti Fakri Saarani dan juga berjaya mendapatkan khidmat Hakim Zainal dan Illya Fitri, dua pemain yang pernah memberikan impak yang kuat dalam pentas SCL terdahulu.

Players To Watch: Razman Roslan, Hakim Zainal, Ilya Fitri

Najmi SFFC Damansara

Najmi SFFC Damansara berjaya ke peringkat playoff sebagai juara Liga UOW 2022 selepas mengalahkan SA Bujangga 1-0 pada perlawanan akhir. Sebagai juara Klang Valley League Gombak juga, Najmi muncul juara Kumpulan D setelah menang semua perlawanan.

Lukman Hakim Zulkepli wajib diberikan perhatian selepas berjaya menjaringkan sembilan gol sepanjang Liga UOW pada tahun ini dan tiga gol ketika playoff. Jika Lukman mengalami kemarauan gol, Fikri Abdul Rahim boleh mengambil alih kerana beliau juga berjaya mendapatkan tiga gol semasa playoff. Kemasukan pemain pertahanan, Amirul Sugito juga akan menambah pengalaman SCL yang bermanfaat untuk Najmi selepas beraksi dalam pertandingan ini pada tahun 2018 dan 2019

Players To Watch: Amirul Sugito, Fikri Abdul Rahim, Lukman Hakim Zulkepli

Kajang Bujangga

Kajang Bujangga akan mendapat percubaan kedua selepas penampilan pertama mereka dalam SCL edisi lepas di mana mereka tidak memberikan impak yang diharapkan. Sebagai naib juara Liga UOW tahun ini, Bujangga berakhir di tempat kedua dalam Kumpulan B dengan rekod dua kemenangan dan dua seri.

Khairul Fitri pastinya berharap beliau akan menghasilkan lebih banyak gol selepas prestasi yang kurang memuaskan. Bersama Khairul Fitri, Bujangga mempunyai Ahmad Faris dan Afiq Azhad, dua pemain yang ditugaskan mengawal kawasan tengah.

Players To Watch: Khairul Fitri, Ahmad Faris Rus Ghani, Afiq Azhad

Berita Terkini