Pentas Selangor Champions League 2022 kini Sedia. 16 pasukan telah ditentukan setelah peringkat ‘playoffs’ selesai di mana 10 lagi pasukan yang terakhir berjaya menempah slot selepas bermain lima perlawanan untuk bergabung dengan enam pasukan yang sudah layak sebelum ini.
Dalam artikel ini, kami akan memberi liputan tentang siapa 16 pasukan tersebut yang layak ke SCL pada tahun ini. Pertama sekali, pasukan yang layak melalui Liga Super FAS 2022.
NPNG Damansara Perdana
NPNG akan kembali ke SCL untuk kali ketiga selepas layak sebagai juara bertahan Liga Super FAS. NPNG yang pada mulanya berada di tempat kedua dalam kumpulan B tidak tampil dengan aksi yang meyakinkan berbanding kempen mereka sebelum ini. Walaubagaimanapun, berbekalkan pengalaman bermain di peringkat kalah-mati, mereka mengalahkan Gombak FA-MPAJ melalui sepakan penalti di peringkat suku akhir, mengatasi MBPJ 1-0 di separuh akhir dan akhirnya menjadi juara Liga Super setelah mengalahkan MPKJ 1-0. Kemenangan yang didedikasi khas kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Mustapha Khas selaku penaung syarikat dan kelab.
NPNG pernah bertanding pada tahun 2018 dan 2019 dalam SCL di mana terkandas di peringkat separuh akhir pada edisi 2018. Beberapa pemain NPNG dari dua edisi 2018 & 2019 akan kembali serta dengan beberapa pemain dari edisi tahun lepas akan bersama pasukan NPNG dalam edisi ini seperti Wan Mohd Zulnizam, Shahrul Afif dan kapten Lukhman Noor Jaafar, semua pemain tersebut yang dipilih sebagai pemain Best XI untuk SCL 2021.
Players To Watch: Wan Mohd Zulnizam, Lukhman Noor Jaafar, Shahrul Afif
MPKJ
Untuk kali keempat berturut-turut, MPKJ akan bersaing sekali lagi di pentas SCL setelah mengakhiri Liga Super sebagai naib juara. MPKJ juga berakhir di tempat kedua kumpulan A lalu mengalahkan MBSA di suku akhir untuk layak ke SCL, menewaskan Mozyda 0-2 sebelum tewas 0-1 lawan NPNG dalam perlawanan akhir.
Dengan pemain lama seperti Aiman Ruslan dan Faizal Fauzi, MPKJ juga dirombak dengan kemasukan beberapa pemain seperti MVP SCL 2018, Al Amin Abdullah dan MVP SCL 2019, Terrence Marieselvam serta penyerang dan penjaring terbanyak Liga Super, Firdaus Musa bakal kembali mengetuai baris serangan MPKJ setelah tidak bermain dalam edisi terlepas.
Players To Watch: Al-Amin Abdullah, Fakhrulrazi Nordin, Firdaus Musa
MBPJ
MBPJ layak ke SCL pada kali pertama setelah mengejutkan calon juara Liga Super MP Klang 3-2 dalam sepakan penalti dalam peringkat suku akhir. MBPJ layak secara tipis setelah mengakhiri kumpulan B di tempat ke-empat. Selepas mengalahkan MP Klang, MBPJ disingkir oleh NPNG 0-1 di separuh akhir. Namun, mereka mencapai matlamat untuk mara ke SCL 2022 pada kali pertama
MVP dan penjaring terbanyak SCL 2021 Razzmir Ashraff akan kembali, kini untuk MBPJ untuk menguatkan serangan MBPJ serta dengan pemain tengah dan juga rakan pasukan tahun lepas Hakeem Badri, pemain pertahanan Muhd Zul Fadzly dan kapten pasukan MBPJ Aliff Mazlan
Players To Watch: Muhd Zul Fadzly, Razzmir Ashraff, Hakeem Badri
Rawang Mozyda
Selepas beberapa percubaan, Mozyda akhirnya berjaya mencapai kelayakan SCL pada kali pertama. Selepas berakhir di tempat keempat dalam kumpulan A, Mozyda mengatasi PBD Kuala Langat 1-0 di peringkat suku akhir untuk menempah tiket ke SCL 2022 sebelum disingkir oleh MPKJ di peringkat seterusnya.
Kali terakhir Faizul Herman bertanding dalam pentas SCL adalah pada tahun 2019 di mana beliau bermain untuk PIB FC, disenaraikan sebagai pemain pertahanan. Bersama Mozyda, Faizul mengakhiri kempen Liga Super menjadi penjaring terbanyak Mozyda dengan menghasilkan lima dari 13 gol. Abdi Efendi dan Ammar Shafiq juga bakal akan menambah ketajaman bahagian serangan Mozyda.
Players To Watch: Ammar Shafiq, Abdi Efendi, Faizul Herman
MP Sepang
Dengan rekod enam kemenangan, satu seri dan dua kekalahan, MP Sepang berakhir di tempat ketiga kumpulan B untuk layak ke suku akhir Liga Perdana. Mereka menyingkirkan SS Putra 1-0, menewaskan Port Rangers 3-1 dan mengatasi PKNS 4-1 di perlawanan akhir untuk muncul juara dan layak ke SCL.
Zakwan Zamri, penjaring terbanyak MP Sepang dengan lapan gol, pernah beraksi dalam pentas SCL dengan Cyberjaya Teleflow pada tahun 2019 manakala pemain pertahanan S. Tinagaran bermain peranan yang penting untuk membantu Kuala Selangor Batu Dua sebagai juara pada tahun yang sama. MP Sepang juga ada pemain yang boleh menambah peranan menjaringkan gol seperti Vinoth Kumar, yang menghasilkan dua gol pada masa perlawanan akhir Liga Perdana.
Player To Watch: Zakwan Zamri, Vinoth Kumar, S. Tinagaran