Satu Langkah Lagi ke SCL 2022

ARTIKEL OLEH:

Playoff Selangor Champions League (SCL) 2022 hampir menuju ke penghujungya selepas empat dari lima minggu perlawanan selesai. Sebilangan daripada 20 pasukan bertanding telah sahkan kelayakan manakala beberapa pasukan masih mempunyai peluang menuju ke minggu perlawanan terakhir.

Dengan itu, apakah situasi dalam setiap kumpulan pada setakat ini?

Kumpulan A

Sijangkang City berjaya menempah tiket selepas merangkumi sembilan mata dengan baki satu perlawanan.

Gamestop juga layak ke SCL 2022 selepas selesaikan semua perlawanan dengan tujuh mata. Walaupun OSV FC boleh seri jumlah mata dengan kemenangan lawan FC SWAT, jumlah baki gol yang tinggi memastikan Gamestop akan tamat atas OSV FC.

Walaupun begitu, kemenangan boleh membantu OSV FC untuk  mendapatkan tiket SCL 2022 sebagai antara pasukan tempat ketiga yang terbaik. FC SWAT dan Bintang Gombak boleh menduduki tempat ketiga jika mereka menang, tetapi peluang kelayakan adalah tipis kerana terikat dengan situasi kumpulan lain.

Kumpulan B

KRU dan SA Bujangga telah layak ke pertandingan utama, tidak kira apapun keputusan perlawanan antara pasukan tersebut.

Ini kerana Nossa dan Klasiko akan bertemu pada minggu terakhir. Klasiko perlu menang untuk masih berpeluang sebagai pasukan tempat ketiga yang terbaik. Untuk Nossa yang berada di tempat ketiga, mereka cuma perlu mengelak kekalahan, walaupun keputusan menang memberi lebih keselesaan untuk memaksimumkan peluang kelayakan.Keputusan seri akan memaksa mereka menunggu keputusan dari kumpulan lain.

Baiduri FC disingkir selepas kalah semua empat perlawanan.

Kumpulan C

Kelana United akan bertanding di pentas SCL sekali lagi dengan persembahan yang sangat meyakinkan selepas mereka menang semua tiga perlawanan.


Bandar Putera 2 secara minimum cuma perlu berseri dengan Kelana United untuk layak. Tebuan FC pula boleh mengambil tempat ketiga, tetapi mereka perlu menang secara besar dan Bandar Putera 2 kalah dan juga membolosi banyak gol.


Rose FC, dengan enam mata sekarang, perlu menunggu untuk mengetahui nasib mereka selepas mereka menghabiskan semua empat perlawanan manakala Gelako FC sah disingkir selepas kalah semua perlawanan pada masa kini.

Kumpulan D

Juara Liga UOW 2022, Najmi Super Freunde layak ke SCL 2022 untuk kali pertama selepas mengakhiri kempen playoff dengan rekod 100% kemenangan.

Real Ingress hanya perlu seri melawan USTT untuk menempah tempat di SCL 2022. Namun begitu, USTT perlu menang untuk memotong Real Ingress dan mendapat tempat kedua.


KKB Brotherhood juga boleh mengambil tempat kedua jika dapat menang dengan sekurang-kurangnya baki enam gol lawan BK Brothers, yang sudah pasti disingkir, dan USTT cuma boleh mengalahkan Real Ingress dengan satu gol sahaja atau mengambil tempat ketiga dengan kemenangan dengan margin lima gol jika Real Ingress/USTT seri.

Berita Terkini

BERITA
fsadmin

PELANCARAN JENAMA TANJONG SUBANG JAYA

Subang Jaya – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencatatkan sejarah baharu dengan pelancaran jenama perkhidmatan perhotelan, Tanjong Subang Jaya. Jenama ini merupakan sebahagian daripada jaringan jenama

Read More »