Pembukaan tirai Selangor Champions League (SCL) play-off menyaksikan beberapa perlawanan yang menghiburkan di mana beberapa pasukan meraikan kemenangan besar manakala Super Sunday/Laksamana 30 dan Sri Kenangan/SA Bujangga seri selepas menyaksikan gol pada minit terakhir perlawanan.
Dalam Kumpulan A, SA United dan Cheras Raptors membuktikan kebolehan apabila mereka merekodkan kemenangan 5-0 dan 4-0 ke atas Sungai Buloh Rovers (SB Rovers) dan Ukay Positive masing-masing. Muhd Fakhrulrazi mengetuai kemenangan tersebut dengan dua gol peribadi dan Abdul Muhaimin, Muhd Izzuddin Pazli dan Ammar Anuwar melengkapkan senarai penjaring gol untuk SA United. Untuk Cheras Raptors pula, empat penjaring gol berbeza; Aiman Sirajudin, Iqbal Khairul Anwar, Syed Mohammad Adam dan Muhd Zulkhairi membuka jalan ke kemenangan pertama pasukan.
Naib Juara SCL 2018, KRU FC, juga meraikan kemenangan selepas mengatasi Sun Riders 2-0. Dua-dua gol tersebut dijaringkan pada separuh masa pertama oleh Norismaidham Ismail dan Mohd Suhaili Rahman serta cukup buat KRU untuk mendahului Kumpulan C. Malam KRU menjadi lebih baik apabila Bukit Kapar dan Real Ingress terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa gol.
Dalam Kumpulan B, Boss FC juga meraikan malam yang bagus selepas mengalahkan Tanjong FC 3-0 selepas gol dari Amir Asyraf, Abdul Hakim Miswardi dan Syakimi Karim. Tetapi Super Sunday tidak dapat menikmati keputusan positif selepas membuang pendahuluan dua gol dan terpaksa seri dengan Laksamana 30. Super Sunday berlumba ke 2-0 selepas gol dari Tew Siow Huat dan Andrew Gouthaman dalam serpauh masa pertama. Walau bagaimanapun, Laksamana 30 menjaringkan gol pada minit ke-39 menerusi Wan Ikhram Amir dan gol dalam masa tambahan oleh Zuklkifly Ishak bagi melengkapkan “comeback” yang dramatik.
SA Bujangga mendahului Sri Kenangan 3-2 selepas muncul semula dari ketinggalan 2-0. Tetapi gol penyamaan dari Kamilul Shahdan seminit sebelum masa tambahan dapat mengelak kemerahan Sri Kenangan untuk memaksa dua-dua pasukan berkongsi satu mata. Selangor FC U17 pula diberikan pengajaran sukar selepas dikalahkan 0-2 berlawan dengan KD UPFC selepas gol dari Azizi Ismail dan Hafiz Zamzilah dan dalam proses, KD UPFC sekarang mendahului Kumpulan D.
Isma Shah Alam, Sternen FC dan Klasiko FC pula berehat pada minggu perlawnan pertama.