NSWFC, The Footsouls Layak Ke Peringkat Akhir FAS WSL 2021

ARTIKEL OLEH:

Negeri Sembilan Women’s FC (NSWFC) dan The Footsouls adalah finalis FAS Women’s Super League (WSL) selepas mengatasi FC SWAT dan First 11 FC masing-masing selepas perlawanan yang mendebarkan.


NSWFC perlu bangkit dari kemunduran awal untuk menang 3-1 atas pemenang Kumpulan A, FC SWAT. Siti Nabila Jamin mengambil kesempatan atas kekeliruan pertahanan NSWFC selepas sepakan percuma Felicia Adele Ng kena palang gol dan Siti Nabila menjaringkan gol dari jarak dekat untuk meletakkan FC SWAT di hadapan pada minit ke-5.


NSWFC pula perlu menunggu sampai hujung separuh masa pertama untuk gol penyamaan menerusi sepakan percuma Henrietta Justine. Pemain pertahanan Noor Hartini Jasni, dalam dua perlawanan berturut-turut, menandukan masuk bola dari sepakan percuma Malini Nordin untuk meletakkan NSWFC di hadapan pada minit ke-42.

FC SWAT dapat peluang keemasan untuk menyamakan skor pada minit terakhir perlawanan, tetapi tiada pemain FC SWAT dapat sentuhan terhadap sepakan percuma yang melintas gol NSWFC. Sebaliknya, NSWFC melancarkan serangan balas dan kapten pasukan Malini Nordin memastikan kemenangan pasukan beliau dengan menjaringkan gol ketiga sekaligus menempah tiket ke perlawanan akhir WSL.

Manakala The Footsouls perlukan penentuan sepakan penalti untuk menewaskan First 11 FC untuk mara ke final. Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu, The Footsouls menang besar 7-0 dalam peringkat kumpulan. Tetapi kali ini, perlawanan berikut lebih berbeza di mana First 11 FC bukan sahaja lebih terkawal, mereka juga mendapatkan jaringan pertama perlawanan. Rembatan Nur Mecca Rania yang terkena tiang gol dan tiada siapa mengesan larian Puteri Umi Sofea di mana beliau dapat meledakkan gol untuk meletakkan First 11 FC di hadapan.

The Footsouls dibiarkan kecewa pada seluruh separuh masa pertama. Walau bagaimanapun, mereka bangkit balik dalam separuh masa kedua dan mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-45 selepas hantaran tajam Nurul Nadia Roslan sampai ke kaki Intan Sarah dan beliau mengelecek lepas penjaga gol First 11 FC, Noor Syakierah Izzati sebelum menjaringkan gol.


Tiada lagi gol dijaringkan selepas gol tersebut dan kedua-dua pasukan terpaksa melalui sepakan penalti untuk menentukan pemenang. Secara ironi, dua-dua penjaring gol, Intan Sarah dan Puteri Umi Sofea, melangitkan sepakan masing-masing. Akhirnya, penalti Siti Aisyah Zakaria dapat dihalang oleh Rasyidah Aminullah dan memberikan kemenangan sepakan penalti 6-5 kepada The Footsouls.

Selepas pengembaraan yang panjang, NSWFC dan The Footsouls akan bakal bertemu pada 26hb Januari ini di Stadium MBSJ untuk menentukan juara WSL yang pertama dalam sejarah.

Berita Terkini

BERITA
fsadmin

PELANCARAN JENAMA TANJONG SUBANG JAYA

Subang Jaya – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencatatkan sejarah baharu dengan pelancaran jenama perkhidmatan perhotelan, Tanjong Subang Jaya. Jenama ini merupakan sebahagian daripada jaringan jenama

Read More »