1. Kehuru-haraan Minit Ter-A-khir
Cuma ada dua perkataan yang boleh merumuskan hari perlawanan ke-enam pada minggu lepas: Gila dan Mendebarkan. Empat dari lapan perlawanan ditentukan oleh gol dijaringkan pada minit terakhir perlawanan atau hampir masuk masa tambahan.
Situasi pertama berlaku di Kumpulan B pada hari Sabtu di mana Klang Southern sudah akur mereka terpaksa berpuas hati untuk membawa balik satu mata. Tetapi Gombak FA-MPAJ melalui Syafiq Salimi menjaringkan gol pada minit terakhir untuk mendapat tiga mata. Seolah-olah memberi bayangan, peristiwa itu akan menejadi tema pada perlawanan hari Ahad keesokan harinya.
MP Klang, melalui Rahmat Ramli yang baru dibawa masuk, menjaringkan gol kemenangan dalam masa tambahan lawan MPKJ FC untuk menempahkan tiket suku akhir. Ini diikuti dengan dua gol dalam dua minit menghampiri masa tambahan oleh Perlima United untuk mengatasi Petaling PNSB 2-1 melalui dua pemain simpanan Iman Rais dan Haziq Fadzlee. Dan akhir sekali, gol Syakimi Karim pada minit 70+1 meraikan tiga mata untuk Kg Bharu Boss FC selepas mengatasi SA Klasiko walaupun terpaksa akhiri perlawanan dengan 10 pemain.
2. Siaran Rancangan Ridzuan & Ismail
KRU Port Klang mendahului Kumpulan B selepas mengatasi Shah Alam United 3-1 melalui prestasi hebat yang ditunjukkan dua pemain penyerang mereka, Ridzuan Azly Hussham dan Ismail Mamat. Ismail bermula dari bangku simpanan tetapi tidak sampai lima minit waktu perlawanan berlangsung, beliau dibawa masuk untuk menggantikan K. Ravindran selepas mengalami kecederaan. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk Ismail membuka tirau gol pada minit ke-16 dengan rembatan yang baik selepas bola ditanduki oleh Ridzuan ke arah beliau.
Ridzuan juga berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring gol selepas menghukumi penjaga gol SA United, Aizat Roslim yang meluru keluar untuk menghalang percubaannya pada minit ke-46. Meskipun SA United berjaya mendapatkan kembali satu gol, Ridzuan memenangi sepakan penalti dan Ismail berjaya mendapatkan gol yang ke-3 dan sekaligus tiga lagi mata untuk KRU Port Klang.
3. Peluang Kelayakan SA United, Klang Southern Semakin Tipis
Menuju ke hari perlawanan minggu lepas, Shah Alam United dan Klang Southern masih ada peluang untuk meletakkan kedudukan pasukan masing-masing di empat tempat teratas. Malangnya, kedua-dua pasukan mengalami kekalahan yang merosakkan di mana mereka diatasi oleh KRU Port Klang dan Gombak FA-MPAJ.
Mereka perlu menang dua perlawanan seterusnya jika mereka hendak layak dan berharap Kelana United, yang sedang menduduki tempat ke-4 sekarang, cuma dapat satu mata sahaja dari dua perlawanan. Tetapi ada plot twist: SA United dan Klang Southern akan berhadapan satu sama lain seterusnya dan siapa yang kalah pasti akan disingkir.
4. Penjaring Terbanyak Kepunyaan Razzmir
Di manakah Cyberjaya Teleflow akan berada kalau Razzmir Ashraff tiada bersama mereka? Untuk kali ketiga dalam saingan SCL 2021, Razzmir berjaya sekali lagi menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan apabila Cyberjaya Teleflow mengatasi Kelana United untuk mengukuhkan tempat pasukan di tiga tempat teratas Kumpulan B.
Selepas memenangi sepakan percuma pada minit ke-8, Razzmir mengambil sepakan tersebut dan percubaan rendah beliau dapat memasuki gawang gol Kelana United untuk meletakkan Teleflow di hadapan. Sebelum tamat separuh masa pertama, tiada pemain pertahanan Kelana United mengikut larian Razzmir dan penyerang hangat tersebut dapat menanduk sepakan percuma jauh Hakeem Badri untuk menggandakan gol. Razzmir sekarang mendahului carta gol dengan enam gol.
5. Pentas Kumpulan A Sudah Ditetapkan
Jika ada yang mengharapkan keadaan mula kembali tenang, keputusan perlawanan-perlawanan Kumpulan A telah menyediakan hari perlawanan yang tegang. Empat pasukan masih ada peluang untuk layak ke suku akhir dan mereka akan menentang antara satu sama lain di mana Kg Bharu Boss FC akan berdepan Puchong Fuerza dan Perlima Untied Klang melawan MP Kajang.
Walaupun dua-dua pasukan sudah layak, SA Klasiko dan MP Klang akan bertemu untuk mengadakan siapa yang akan mengambil tempat pertama Kumpulan A, manakala dua pasukan terbawah, Petaling PNSB dan Laksamana 30 Gombak akan bertemu untuk menetapkan kedudukan tempat ke-tujuh dan ke-lapan kumpuan. Kesemuanya, ia akan menjadi hari perlawanan yang mendebarkan.