Decision Day (Kumpulan B)

ARTIKEL OLEH:

Sebelum ini, kami menganalisa situasi kelayakan suku akhir di Kumpulan A di mana empat pasukan masih berpeluang untuk merebuti dua slot kelayakan terakhir. Kini, selepas perlawanan Kumpulan B pada pertengahan minggu, cuma ada dua pasukan yang masih boleh mengambil tempat ke-4 selepas Cyberjaya Teleflow, Gombak FA-MPAJ dan KRU Port Klang berjaya layak ke pusingan seterusnya. 

Mengikut kedudukan Kumpulan B di bawah setakat ini, Klang Southern dan ISMA Shah Alam disahkan tersingkir selepas kalah lawan dengan Shah Alam United dan Cyberjaya Teleflow pada perlawanan masing-masing. Kini, cuma Kelana United dan Shah Alam United masih dalam perlumbaan untuk menempah tiket suku akhir yang terakhir. Jadi, apa dua-dua pasukan tersebut perlu lakukan untuk layak ke suku akhir?

Kelana United

Kelana United mempunyai kelebihan menuju ke hari Ahad ini di mana mereka mempunyai lebih banyak pungutan mata dan perbezaan gol yang juga lebih tinggi dari Shah Alam United. Oleh itu, Kelana United perlu sekurang-kurangya mendapat satu mata dari Kajang SA Bujangga untuk mengesahkan kelayakan ke pusingan seterusnya. Tapi apa yang perlu dibuat oleh Kelana United juga bergantung kepada keputusan Shah Alam United/ISMA Shah Alam oleh sebab perlawanan tersebut akan dijalankan dahulu.

Shah Alam United

Ianya mudah untuk faham apa Shah Alam United perlu buat. Mereka mesti mengatasi ISMA Shah Alam untuk peluang layak. Gagal mendapat tiga mata dan Shah Alam United akan terus disingkir. Mereka juga perlu mengharapkan agar Kajang SA Bujangga berjaya mencuri 3 mata penuh bagi membolehkan mereka layak ke suku akhir.

Berita Terkini