‘Decision Day’ Kumpulan A

ARTIKEL OLEH:

Keputusan dari perlawanan Kumpulan A minggu lepas telah menetapkan hari perlawanan akhir atau ‘Decision Day’ yang menarik apabila empat pasukan masih boleh layak ke suku akhir untuk baki dua slot yang tinggal. Ini kerana empat pasukan tersebut perlu berlawan antara satu sama lain pada ‘Decision Day’. Walaupun kedudukan empat tempat teratas kumpulan masih belum tetap, MP Klang dan SA Klasiko sudah berjaya menempah tiket ke suku akhir.

Sebelum kita meneliti situasi untuk tempat lapan terakhir, berikut adalah kedudukan kumpulan A pada setakat ini:

Empat pasukan yang masih bersaing untuk tempat suku akhir adalah Kg Bharu Boys of Sultan Sulaiman (BOSS) FC, Perlima United Klang, Puchong Fuerza dan MPKJ FC. Kg. Bharu BOSS akan bertemu dengan Puchong Fuerza manakala Perlima United Klang akan menentang MP Kajang pada hari Sabtu nanti. Situasi yang menarik kini menanti setiap kelab menuju ke hari perlawanan kumpulan terakhir:

Kg Bharu Boys of Sultan Sulaiman (BOSS) 

Kg Bharu BOSS mempunyai kelebihan apabila walaupun terikat dengan Perlima United & Puchong Fuerza, mereka memperolehi perbezaan gol yang lebih baik dengan jumlah lima. Apa yang perlu lakukan oleh Boss FC adalah mengelakkan kekalahan melawan Puchong Fuerza dan mereka akan mara ke peringkat seterusnya.

Kalah, dan Kg. Bharu BOSS akan tersingkir walau apapun keputusan perlawanan antara Perlima dan MP Kajang.

Perlima United Klang

Walaupun di bawah Kg. Bharu BOSS atas faktor perbezaan gol, Perlima United Klang cuma perlu mengelakkan kekalahan melawan MP Kajang, tidak kira apa pun keputusan Kg. Bharu BOSS/Puchong Fuerza di mana sekurang-kurangnya, mereka akan menduduki tempat ke-4 jika mereka dalam situasi sedemikian.

Jika mereka kalah melawan MPKJ, Perlima akan ditunjukkan pintu keluar, tidak kira apapun keputusan Boss FC/Puchong Fuerza.

Puchong Fuerza

Berita baik untuk Puchong Fuerza adalah mereka masih dalam perlumbaan untuk dapat tempatt empat pasukan teratas. Berita buruk? Perbezaan gol mungkin akan menjadi faktor juara SCL 2018 bakal tersingkir dari pertandingan jika keputusan tidak menyebelahi nasib mereka. Perbezaan gol (-3) meletakkan Puchong Fuerza dalam situasi yang agak buruk walaupun mereka masih ada peluang untuk layak.

Mereka perlu mengatasi Kg. Bharu BOSS untuk layak ke suku akhir. Jika gagal menang, tidak kira apa keputusan Perlima United/MPKJ nanti, Puchong Fuerza masih akan tersingkir sama ada atas sebab kekurangan mata atau perbezaan gol yang rendah.


MPKJ FC

Meskipun berada di kedudukan keenam dalam tangga kumpulan, MP Kajang masih mampu menempah slot ke peringkat suku akhir SCL 2021.

Seperti situasi Puchong Fuerza, hanya satu yang perlu dicapai oleh MPKJ tidak kira apa pun keputusan Kg. Bharu BOSS/Puchong Fuerza: MPKJ mesti menang lawan Perlima. Gagal untuk mengatasi Perlima, MPKJ akan tersingkir di kedudukan keenam tangga kumpulan..

Berita Terkini