Reviu Suku Akhir SCL 2022

ARTIKEL OLEH:

Pertukaran MBPJ Yang Paling Penting

Gol Nabilah Khan untuk Najmi SFFC Kota Damansara akibat kesalahan penjaga gol MBPJ, Wan Ahmad Hababa hampir memusnahkan peluang mereka ke separuh akhir. Walaubagaimanapun, MBPJ segera memberi reaksi dengan membawa masuk Hairi Afiq yang menjadi titik perubahan perlawanan.


Setelah banyak kali MBPJ menyerang gawang gol Najmi, Hairi membuat hantaran rendah yang berjaya memecah barisan pertahanan tepat ke dalam laluan larian Israff Mohd Zahir sebelum beliau menjaringkan gol penyamaan pada minit pertama masa tambahan. 

Dengan aksi terakhir pada minit terakhir masa tambahan, Hairi sekali lagi menghantar sepakan percuma ke dalam kotak dan kapten MBPJ Adam Syafiq berjaya menanduk bola masuk untuk gol kemenangan MBPJ. Hairi memainkan peranan yang penting pada masa yang tepat dan impak tersebut pasti akan dikenang pasukan dari Petaling Jaya ini.

Ayyub Hakimi, Wira Bandar Putera 2

NPNG Damansara Perdana dan Bandar Putera 2 (BP2) berjaya mengikat antara satu sama lain pada keseluruhan 70 minit. Namun, perlawanan ini memerlukan seorang wira yang akan membawa pasukan beliau ke separuh akhir. Wira tersebut merupakan Ayyub Hakimi.


Penjaga gol BP2 tersebut berjaya menghentikan empat percubaan ‘on-target’ NPNG dan menunjukkan ketenangan untuk memintas beberapa hantaran bahaya. Walau bagaimanapun, detik terbaik Ayyub belum berlaku lagi sebelum tiupan wisel masa penuh.

Ketika perlawanan dibawa ke penentuan sepakan penalti, Ayyub berjaya menghentikan percubaan Lukhman Noor Hakim dan Nasriq Baharom untuk membuka peluang kemenangan BP2. Mirza Shazwan akhirnya menyempurnakan sepakan penalti dan berjaya membantu BP2 mengatasi juara Liga Super FAS 4-2 seterusnya mara ke separuh akhir untuk menyambung cerita penampilan pertama SCL mereka.

Firdaus dan Terrence, Duo MPKJ Yang Digeruni

MPKJ mara ke separuh akhir setelah menewaskan Gamestop Alam Megah 3-1. Terrence Marieselvam membuka tirai gol untuk MPKj melalui sepakan ‘half-volley’ yang mengejutkan Gamestop, namun Zul Hilmi Zaki melalui sepakan percuma berjaya menjaringkan gol penyamaan.


Khairil Anwar Supeno tidak sengaja menjaringkan gol sendiri untuk memberikan balik kelebihan untuk MPKj dan Firdaus Musa mendapat gol ketiga mereka setelah pemain pertahanan Gamestop dikelirukan oleh larian Muhd Hammim ke dalam kotak penalti di mana beliau menghantar bola ke Firdaus untuk disudahkan.


Selepas perlawanan tersebut, Firdaus dan Terrence kini menjaringkan jumlah gabungan 13 gol daripada 15 gol MPKJ dalam edisi SCL ini. Soalan kontroversi yang boleh ditanya: Di manakah MPKJ akan berada jika mereka tidak mempunyai perkhidmatan Terrence dan Firdaus?

Rentak ‘Clean Sheet’ Kelana Bersambung

Sijangkang City merupakan pasukan terbaru untuk cuba memecahkan benteng pertahanan Kelana United. Walaubagaimanapun, mereka juga gagal selepas Kelana United berjaya menang 1-0. Sijangkang mendapati tugasan tersebut susah dan terpaksa bergelut untuk mencipta peluang secara konsisten kerana barisan pertahanan Kelana menutup segala ruang dan peluang.

Misi Sijangkang menjadi lebih susah apabila Shamsul Haziq berjaya mencari Hakim Zainal untuk gol pembukaan yang juga merupakan gol tunggal perlawanan sebelum tamat separuh masa pertama. Kelana juga mencipta beberapa peluang lain untuk menjaringkan gol, tetapi gagal menyempurnakan peluang sendiri.

Walaupun Sijangkang berjaya mencipta peluang keemasan sebanyak tiga kal, penjaga gol Kelana, Aiman Amsyar menjadi penghalan utama Sijangkang di mana beliau menahan kesemua tiga peluang Sijangkang. Prestasi Aiman dan barisan pertahanan merupakan faktor penting Kelana mara ke suku akhir dan oleh sebab itu, Kelana berajaya mencatat ‘clean sheet’ yang ketujuh dalam edisi SCL ini.

Berita Terkini