Reviu SCL 2022: ‘Talking Points’ Perlawanan Minggu 7

ARTIKEL OLEH:

  1. Misi OSV Hampir Disempurnakan

Selepas perlawanan MBPJ dan Sijangkang City tamat, tugasan OSV Ampang untuk layak sudah ditentukan: Menang dengan perbezaan tiga gol ke atas KRU Port Klang dan mereka layak ke suku akhir. Ridhwan Johan menjaringkan gol pertama OSV selepas tiga minit perlawanan bermula untuk menetapkan rentak perlawanan untuk OSV. Walaupun pemain pertahanan OSV, Arash Mazlan dilayangkan kad merah pada minit ke-20, OSV berjaya menambah dua gol lagi oleh Farhan Ab Hamid dan OSV berjaya mencipta perbezaan tiga gol yang diperlukan.

Namun, KRU berjaya menjaringkan dua gol cantik daripada Ramzie Rawadi dan Luqman Hakim Salarudin untuk merapatkan jurang dan mengecewakan OSV. Walaupun R. Karnan menambah satu lagi gol untuk OSV, mereka gagal mendapatkan gol ke-lima. Oleh itu, OSV terpaksa akur dengan skor 4-2 dan tersingkir dari SCL tahun ini atas faktor perbezaan gol belakang MBPJ dan Sijangkang City.

  1. Safwan Menyelamatkan Peluang Kelayakan Sijangkang

Sebelum perlawanan OSV, Sijangkang City ada peluang untuk kayak jika mereka menang atas Belia Selangor. Namun, pemain muda Selangor membuktikan mereka bukan pasukan yang senang ditewaskan. Belia Selangor hampir mengejutkan Sijangkang setelah corak permainan penguasaan dan hantaran berjaya menghasilkan dua gol oleh Firdaus Abdul Razak dan Nabil Qayyum.

Ahmad Shakir Ali merapatkan perbezaan dengan segera. Walau bagaimanapun, Sijangkang masih bergelut untuk mendapat gol kedua yang penting. Sijangkang hampir menerima hakikat kekalahan semakin menjangkau masa penuh. Tetapi akhirnya, mereka berjaya menghasilkan gol penyamaan dari percubaan Safwan Hashim pada minit masa tambahan terakhir selepas Shakir mendadakan bola ke arah beliau. Satu mata merupakan mata yang penting untuk kelayakan Sijangkang

  1. Kajang Bujangga Akhirnya Memang

Menuju ke perlawanan terakhir mereka pada edisi ini, Kajang Bujangga berada di tempat terakhir, sudah disingkir dan mempunyai perbezaan gol yang menyamai rekod perbezaan gol yang paling rendah dipegang oleh SA AZE pada tahun 2018 iaitu -19. Gamestop Alam Megah dengan insentif untuk mendahului kumpulan A, ramai menjangkakan Gamestop akan menang perlawanan tersebut. 

Bujangga punya idea yang lain. Amirul Naim dan Syahril Aizat memeranjatkan Gamestop setelah mereka menghasilkan dua gol. Tambahan pula prestasi yang hebat oleh Norman Hafizi untuk memberhentikan tujuh percubaan Gamestop dengan corak yang tenang, Bujangga berjaya menahan serangan Gamestop walaupun Norman dilayangkan kad kuning kedua dan Gamestop mendapat gol saguhati daripada sepakan percuma Nazrul Kamaruzaman pada masa tambahan. Sekurang-kurangnya Bujangga mengakhiri kempen SCL mereka dengan penuh semangat.

  1. Kelana United Menghantar Mesej

Kelana United mengakhiri peringkat kumpulan dengan menewaskan Nossa Bukit Jelutong 3-0. Hakim Zainal dan Ahmad Azraf menjaringkan gol dalam tempoh sembilan minit untuk meletakkan Kelana dalam posisi yang selesa. Razman Roslan menambah gol ketiga untuk kemenangan yang komprehensif.

Ini merupakan ‘clean sheet’ yang ke-enam untuk Kelana dan mereka cuma bolos satu gol tanpa kalah untuk menjadi juara kumpulan B. Barisan pertahanan yang kukuh merupakan faktor yang penting untuk satu pasukan menjadi juara pertandingan. Soalan yang patut ditanya adalah: Siapa boleh menghentikan momentum Kelana United dan menembusi pertahanan mereka?

  1. Pengembaraan Impian BP2 Berterusan

Penampilan pertama SCL Bandar Putera 2 (BP2) akan bersambung apabila mereka berjaya mendapatkan satu mata yang berharga selepas mengikat Ingress KL 0-0. Walau bagaimanapun, BP2 mungkin merasa mereka boleh mendapat kemenangan selepas Safik Suaidi dilayangkan dua kad kuning dalam empat minit dalam bab kedua.

Namun, dalam temubual selepas perlawanan, jurulatih BP2, Matthew Philip Chong memuji pemain dan puas hati mendapat satu mata yang berharga untuk layak ke peringkat seterusnya. Sekarang, juara Liga Super FAS dan juara kumpulan A, NPNG Damansara Perdana menunggu BP2 di suku akhir dan merupakan satu lagi tugasan mencabar di mana NPNG tidak pernah ditewaskan.

Berita Terkini

BERITA
admin

PELANCARAN JENAMA TANJONG SUBANG JAYA

Subang Jaya – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencatatkan sejarah baharu dengan pelancaran jenama perkhidmatan perhotelan, Tanjong Subang Jaya. Jenama ini merupakan sebahagian daripada jaringan jenama

Read More »