Reviu Perlawanan Separuh Akhir SCL 2022

ARTIKEL OLEH:

Bandar Putera 2 (BP2) dan MPKJ akan bertanding dalam perlawanan akhir Selangor Champions League (SCL) 2022 selepas mereka memerlukan sepakan penalti untuk mengatasi MBPJ dan Kelana United masing-masing.

BP2 dan MBPJ diikat 0-0 di mana BP2 menang sepakan penalti 5-4. Namun, BP2 perlu melalui perlawanan mereka dengan 10 pemain selepas kapten pasukan Redzwan Helmi Amir terus ditunjukkan kad merah selepas tumbuk belakang pemain MBPJ pada awal bab kedua. Walau bagaimanapun, MBPJ gagal mengambil kesempatan dan tidak cukup menggugat penjaga gol BP2 Ayyub Hakimi dan barisan pertahanan.

Akhirnya, Ayyub cuma perlu menghentikan sepakan Ashraf Abdul Nasir pada pusingan pertama sepakan penalti di mana percubaan Mirza Shazwan disempurnakan untuk menghantar BP2 ke perlawanan akhir dalam penampilan pertama SCL mereka.


Bagi Kelana United dan MPKJ, MPKj mulanya yakin gol Azril Amran pada minit ke-14 cukup untuk menghantar mereka ke perlawanan akhir. Namun, tekanan Kelana United akhirnya membuahkan hasil selepas Ilyia Fitri menjaringkan gol penyamaan seminit sebelum masa tambahan bab kedua untuk memaksakan sepakan penalti.
Dengan semua sepakan dijaringkan selepas lima pusingan, sepakan penalti memasuki ‘Sudden Death’. Namun, cuma satu pusingan ‘Sudden Death’ diperlukan di mana percubaan Shukor Adan dihentikan dan Faizal Fauzi mnejaringkan sepakan beliau untuk menempah tiket kedua ke perlawanan akhir.

BP2 dan MPKJ bakal bertemu lagi sekali selepas keputusan 0-0 semasa peringkat kumpulan. Perlawanan akhir SCL 2022 akan diadakan di Stadium MBSJ pada hari Sabtu ini.

Berita Terkini