Reviu SCL 2022: ‘Talking Points’ Perlawanan Minggu 6

ARTIKEL OLEH:

  1. Belia Selangor Mencatat Sejarah

Kajang Bujangga terpaksa bermain dengan kurang daripada 11 pemain pada awal perlawanan akibat cuaca buruk yang menyebabkan pemain tiba lewat. Walaubagaimanapun, fakta tersebut tidak dapat mengambil balik keputusan bersejarah untuk Belia Selangor setelah skuad muda tersebut menang besar 7-1.

Muhd Harry Danish dan Nabil Qayyum masing-masing menjaringkan ‘hat-trick’ untuk menambah gol pembukaan Afiq Amsyar dalam siri serangan yang hebat dan menakutkan di mana mereka menamatkan separuh masa pertama 6-1. Gol sepakan penalti oleh Aniq Zakwan sebelum tamat babak pertama merupakan gol sagu hati untuk Bujangga.

Dengan keputusan ini, Belia Selangor telah menyamai keputusan kemenangan terbesar dalam sejarah SCL, di mana KRU Port Klang juga menang 7-1 atas Klang Valley United dan Gombak FC menewaskan Paya Jaras Hiliran 6-0, dua-dua pada tahun 2018.

  1. Najmi, Kelana Menempah Tiket Suku Akhir

Kelana United berjaya layak ke suku akhir setelah menang 1-0 ke atas pasukan Rawang Mozyda. Ilyia Fitri sekali lagi menjadi pemain tumpuan setelah menjaringkan gol tunggal perlawanan melalui sepakan percuma, setelah beliau juga menjaringkan gol tunggal kemenangan atas Bandar Putera 2 pada perlawanan terlepas.

Oleh kerana kekalahan Mozyda, Najmi juga berjaya layak ke suku akhir walaupun mereka kalah kepada MPKJ. Najmi kini mengutip 13 mata dan pasukan tempat kelima Mozyda (dan juga MP Sepang) kini mempunyai 7 mata dengan baki satu perlawanan.

  1. MPKJ, Bandar Putera 2 Bakal Layak?

MPKJ berjaya mempersembahkan prestasi yang hebat dan sememangnya layak menang 4-1 atas Najmi SFFC Kota Damansara. Selepas tiga perlawanan berturut-turut mereka gagal mendapat tiga mata, MPKJ menang dengan bergaya selepas Firdaus Musa kembali menjaringkan dua gol serta Hafiz Izzat dan Terrence Marieselavam juga mencatat nama dalam senarai penjaring gol.


Bandar Putera 2 (BP2) pula juga memperkuatkan posisi untuk layak selepas mengalahkan Nossa Bukit Jelutong yang sudah tersingkir. Keputusan seri pada perlawanan seterusnya adalah cukup untuk dua-dua pasukan untuk layak. Jika kalah, dua pasukan yang berada di belakang MPKJ dan BP2 (dua-dua pasukan tersebut merangkumi jumlah 10 mata setakat ini) akan mendapat peluang untuk menyamakan jumlah mata. Tetapi, ada beberapa situasi lagi selain dari menang yang perlu berlaku jika mereka hendak memotong MPKJ dan BP2.

  1. Masih Ada Harapan Untuk MP Sepang, Rawang Mozyda

Gol S. Tinagaran pada minit terakhir memberikan bukan sahaja kemenangan 2-1 kepada MP Sepang atas Ingress KL, tetapi juga memberikan harapan tipis untuk layak ke peringkat seterusnya dan sekaligus menyingkirkan Ingress dari kelayakan. Namun begitu, perbezaan gol MP Sepang (-2) adalah kurang daripada pasukan tempat keempat iaitu BP2 (2) dan MPKJ (7). MP Sepang perlu menang sekurang-kurangnya dengan tiga gol ke atas Najmi SFFC dan mengharapkan Ingress KL dapat menewaskan BP2, dengan dua gol.


Bagi Rawang Mozyda pula, walaupun mereka masih ada harapan untuk layak, mereka perlu menang besar ke atas MPKJ. Jumlah perbezaan gol mereka kurang daripada tiga pasukan yang masih ada peluang untuk layak, iaitu -5. Mereka perlu menyamai jaringan kemenangan terbesar dalam sejarah SCL untuk memotong MPKJ dan layak.

  1. Deja Vu Untuk NPNG

NPNG Damansara Perdana gagal mengambil kesempatan atas keputusan seri tanpa gol diantara MBPJ dan KRU Port Klang selepas mereka juga terpaksa berkongsi satu mata dengan Sijangkang City selepas seri 2-2. Khairul Izuan Abdullah dan Lukhman Noor Hakim menjaring gol dalam sepuluh minit pertama perlawanan. Namun, Sijangkang tidak mengambil lama untuk bangkit balik dan ikat NPNG melalui dua gol cantik oleh ‘Man-Of-The-Match’ Akhir Bahari.

Ini merupakan kali kedua situasi ini berlaku kepada NPNG setelah mereka juga gagal mengekalkan kelebihan 2 gol pada minggu pertama SCL 2022. Dengan baki dua perlawanan, gambaran kelayakan belum jelas di mana hari perlawanan seterusnya boleh mengubah posisi semua pasukan yang masih berpeluang untuk layak, termasuk NPNG yang berada di puncak kumpulan, secara drastik.

Berita Terkini