Reviu SCL 2022: ‘Talking Points’ Perlawanan Minggu 2

ARTIKEL OLEH:

  1. Sehingga ke Minit Terakhir

Kelana United semestinya yakin mereka cukup sekadar menahan serangan Najmi SFFC Kota Damansara untuk mengumpul tiga lagi mata melalui gol Azmeer Yusof yang mempesonakan pada awal permainan.

Pada minit 5 masa tambahan, Kelana cuma perlu mempertahankan sepakan percuma Asraf Roslan dari sayap kiri untuk pulang dengan kemenangan. Namun begitu, penjaga gol Kelana United, Nor Eqram Azray, tersalah baca trajektori bola dan bola ditanduk oleh Lukman Hakim Zulkepli untuk gol penyamaan dan merupakan aksi terakhir perlawanan sebelum pengadil terus meniupkan wisel.

Najmi semestinya berpuas hati kerana mereka berjaya mendapat satu mata tersebut selepas mencipta beberapa peluang yang baik manakala Kelana mendapat pengajaran bahawa satu saat kelekaan boleh mengubah keputusan, walaupun semuanya dijlalankan secara lancar.

2. Kurang Penguasaan, Lebih Klinikal

Belia Selangor mempamerkan corak permainan penguasaan bola dan ‘short passing’ seperti minggu lepas. Namun, mereka tidak berjaya menghasilkan gol pada kali ini setelah Gamestop Alam Megah menang 2-0. Walaupun tidak banyak mendapat bola, Gamestop tidak perlukan penguasaan permainan setelah menjadi lebih klinikal dan menghukum kelekaan pertahanan Belia.

Pertama, tandukan Asnan Awal Hisham mencari Iman Rais dari jarak dekat dan tiada pemain pertahanan Belia mengesan larian Iman meletakkan Gamestop di hadapan. Asnan juga pada kali ini menjadi penjaring gol selepas merampas bola. Beliau melambungkan bola ke atas penjaga gol Belia dari luar kotak untuk memastikan Gamestop membawa pulang tiga mata.

3. MBPJ Bangkit Dengan Gagah

MBPJ pasti telah mempelajari apa yang telah berlaku dari kekalahan minggu lepas dengan membenam Kajang Bujangga, 4-0. MBPJ tidak mengambil lama untuk menjaringkan gol pada awal perlawanan melalui Ashraf Abdul Nasir. Sebelum tamat bab pertama, MBPJ berjaya menjaringkan dua gol dalam masa tiga minit melalui dua percubaan yang diambil dengan baik dari Afif Ikhwanul dan kapten pasukan, Adam Syafiq. 

Walaupun mendapat 50% penguasaan dan melakukan banyakan hantaran, Bujangga gagal memberi masalah ke MBPJ dan ini pasti membimbangkan mereka. Hari Bujangga menjadi lebih teruk dan hari MBPJ menjadi lebih baik selepas Ashraf dapat menjaringkan gol kedua peribadi sebelum tamat perlawanan.

4. Sekali Lagi, Satu Gol Sudah Mencukupi

Sijangkang City dan Rawang Mozyda cuma memerlukan satu gol untuk meraikan kemenangan selepas bejaya mengalahkan KRU Port Klang dan Ingress KL masing-masing. Dengan skor masih 0-0, Sijangkang membawa masuk Hafizi Abdul Rahim dan beliau terus membuat impak dengan menjaringkan gol menerusi sentuhan pertama selepas Irfan Kamaruzuan membuat ‘dummy’ terhadap hantaran rendah Akhir Bahari.

Untuk kali kedua berturut-turut, Rawang Mozyda menang dengan keputusan 1-0, kali ini ke atas atas Ingress KL untuk menduduki tempat pertama kumpulan B. Sebelum tamat separuh masa pertama, pemain penyerang Nur Rizzham Norman menjaringkan gol tunggal perlawanan dengan tenang selepas kapten pasukan Norhafizzuan Jailani berjaya merampas bola dan menghasilkan situasi 3v1. Walaupun Mozyda mencipta lebih banyak peluang untuk menggandakan gol, satu gol sahaja dibuktikan cukup untuk kemenangan kedua Mozyda dan tiga lagi mata.

5. Bandar Putera 2 Tidak Akan Dinafikan

Keyakinan Bandar Putera 2( BP2) menghadapi MP Sepang hampir hancur selepas mereka membolos awal perlawanan lagi sekai setelah Ahmad Qushairi menjaringkan sepakan penalti pada minit ke-2.

Situasi tersebut  mencetuskan memori yang tidak selesa bagi BP2 yang seakan-akan situasi perlawanan sebelum. Namun, BP2 memastikan bola memasuki jaringan gol pada kali ini setelah percubaan Muhd Muzhaffar melintasi garisan gol pada minit ke-9. Walaupun MP Sepang mendapat lebih banyak percubaan,penjaga gol BP2, Ayyub Hakimi menghalang percubaan emas R. Gobi dari jarak dekat. Muzhaffar akhirnya muncul sebagai wira BP2 setelah menggulungkan percubaan ke dalam jaringan gol pada minit ke-60 untuk kemenangan pertama Selangor Champions League dalam sejarah Bandar Putera 2.

Berita Terkini