MPKJ Akhirnya Menjadi Juara SCL, KB MAS Juara Liga Remaja U20 FAS Pertama

ARTIKEL OLEH:

Pada kali ke-empat bertanding dalam Selangor Champions League (SCL), Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) berjaya menjadi juara SCL manakala KB MAS pula mengatasi Genpro untuk muncul juara Liga Remaja U20 FAS (FASYL) yang pertama.

MPKJ menafikan impian Bandar Putera 2 (BP2) menjadi juara dalam penampilan pertandingan pertama mereka selepas menang 3-0. Terrence Marieselvam meletakkan MPKJ di hadapan pada minit ke-10 dengan percubaan rendah masuk ke jaring gol walaupun penajga gol BP2 Ayyub Hakimi mendapat sentuhan keatas percubaan tersebut.


Sebelum tamat separuh masa pertama, Terrence berjaya menghalakan percubaan tandukan daripada sepakan penjuru Izzudin Zainudin yang menuju ke tiang jauh gawang gol yang berjaya memperdayakan Ayyub dan pertahanan BP2 untuk menggandakan jaringan MPKJ.


Wira MPKJ berubah jalan cerita di separuh masa kedua. Terrence dilayangkan kad merah pada minit ke-60 selepas beliau didapati bersalah oleh pengadil kerana menyepak pemain pertahanan BP2 Khairul Fahmi Sani semasa dua-dua pemain terbaring atas padang. Ini mencetuskan harapan BP2 untuk bangkit balik dan percubaannya untuk menjaringkan dua gol.

Tetapi, bukan sahaja BP2 gagal mendapat gol, gawang mereka sekali lagi bolos di mana M. Dnesh menyempurnakan sepakan penalti dalam masa tambahan bab kedua selepas Azmil Azran dijatuhi oleh Ayyub untuk menjayakan misi MPKJ sebagai juara SCL.

Sebelum perlawnan akhir SCL, KB MAS berjaya menewaskan Genpro dalam perlawanan akhir Liga Remaja FAS selepas menang 1-0. Haikal Shaiful Anuar, MVP dan penjaring terbanyak Liga Remaja FAS, menjaringkan sepakan percuma pada minit ke-17 yang hampir serupa dengan gol kemenangan beliau ketika menentang Selangor Elite pada pusingan separuh akhir. Walaupun Genpro bertubi-tubi melakukan serangan untuk mencari gol penyamaan, KB MAS berjaya bertahan dan muncul juara Liga Remaja FAS.

Berita Terkini